Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

27 August 2009

Salam Ramadan


Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan ini. Pertingkatkan amalan dan perbanyakkan keinsafan diri di bulan yang mulia ini. Ikhlas dari warga USM Daily.

24 June 2009

Selamat Datang Mahasiswa Baru APEX

USM Daily mengucapkan Selamat Datang kepada mahasiswa baru ambilan Sidang 2009/2010 yang akan mendaftarkan diri di ketiga-tiga kampus pada 27 Jun 2009 ini. Kedatangan pelajar baru dan keluarga amat dialu-alukan bagi merasai suasana baru alam kampus. Dijangka seramai 3600 orang pelajar yang akan mendaftarkan diri pada sidang kali ini.

Sesungguhnya kehadiran pelajar baru kali ini, membuka satu lembaran baru kepada Universiti bertaraf APEX ini dalam melahirkan graduan yang mempunyai personaliti dan kemahiran yang pelbagai. Program Minggu Siswa Lestari yang direncana bagi menggantikan Minggu Suaikenal yang saban tahun menjadi amalan bagi setiap universiti. Konsep berdikari diterapkan sepanjang minggu pelaksanaan Program Siswa Lestari.

USM Daily mendoakan kepada semua pelajar baru berada dalam keadaan selamat dan sejahtera sepanjang perjalanan ke Menara Ilmu yang akan menjadi tempat menimba ilmu dan pengalaman. Pastikan anda semua membawa segala keperluan yang diperlukan untuk mengelakkan sebarang masalah.

09 April 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 2

USM Daily mengucapkan selamat dan semoga berjaya kepada seluruh mahasiswa/i USM yang akan menduduki peperiksaan akhir Semester 2 pada sidang kali ini. Usaha yang dilakukan sepanjang semester ini diharap dapat menjadi bekalan semasa mengharungi kertas soalan di tempat peperiksaan masing-masing. Pastikan kesihatan dan keselamatan diri terpelihara sepanjang minggu peperiksaan ini. Jangan lupa bawa peralatan yang diperlukan dan slip peperiksaan. Jangan sampai tersilap melihat jadual peperiksaan. USM Daily mendoakan yang terbaik kepada semua mahasiswa/i. Kepada Pelajar Tahun Akhir, ini mungkin peperiksaan anda yang terakhir dan pastikan anda lakukan yang terbaik. Segala memori di Menara Ilmu ini diharap dapat membantu diri ketika mengharungi kehidupan di luar kampus nanti.


SEMOGA BERJAYA

03 April 2009

Terima Kasih PAK LAH


Pak Lah. Suatu nama yang cukup sinonim kepada seluruh warga Malaysia. Seorang pemimpin negara yang sangat dikagumi. USM Daily ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Y.A.Bhg Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi diatas segala jasa bakti beliau sebagai seorang pemimpin negara yang amat ikhlas dan jujur sepanjang menjadi Perdana Menteri. Seluruh warga kampus mendoakan mantan Perdana Menteri dan seluruh keluarganya berada dalam keadaan sejahtera dan sihat.

23 January 2009

GONG XI FA CHAI


USM Daily mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua warga kampus yang berbangsa Cina yang akan menyambutnya dengan keluarga tersayang. Semoga Tahun Lembu ini membawa tuah dan rezeki yang baik kepada semua orang. Jadikan perayaan ini sebagai medan untuk merapatkan hubungan sesama keluarga dan mengeratkan perpaduan di kalangan warga kampus dan masyarakat.

Bagi mahasiswa/i yang tidak menyambut perayaan ini tetapi mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman, USM Daily mengucapkan selamat sampai ke destinasi yang di tuju dan selamat pulang ke kampus semula nanti. Jaga keselamatan diri semasa di musim perayaan ini. Pastikan segala tugasan yang diberikan tidak ditangguhkan terlalu lama dan jangan jadikan cuti perayaan ini sebagai alasan untuk menangguhkan tugasan yang diterima.

Selamat bercuti dan selamat pulang ke kanpus semula. GONG XI FA CHAI

28 December 2008

Salam Maal Hijrah 1430H

Editor ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1430H kepada seluruh warga kampus. Semoga kedatangan tahun baru ini menjadi penghijrahan bagi kehidupan yang lebih baik. Tanam azam baru dalam diri dan berdoa agar diri kita menjadi insan yang berguna kepada keamanan dan kesejahteraan untuk agama bangsa dan negara

Berikut disertakan amalan dan Fadilat di bulan Muharram

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

20 December 2008

Selamat Kembali Ke Kampus

Editor mengalu-alukan kepulangan mahasiswa/i USM ke kampus untuk meneruskan pengajian bagi Semester 2 Sidang Akademik 2008/2009. Tahniah kepada mahasiswa/i yang mendapat keputusan yang cemerlang manakala bagi yang kurang cemerlang teruskan usaha untuk memperbaiki keputusan yang lebih baik dari sebelumnya. Jadikan kegagalan yang berlaku sebagai batu loncatan untuk kejayaan di masa hadapan.

Tempoh Pembelajaran :- 22 Dis 08 - 24 Jan 09
Cuti Pertengahan Semester :- 25 Jan 09 - 1 Jan 09
Tempoh Pembelajaran :- 2 Jan 09 - 4 Apr 09
Minggu Ulangkaji :- 5 Apr 09 - 12 Apr 09
Minggu Peperiksaan :- 13 Apr 09 - 2 Mei 09
Cuti Panjang/Latihan Industri :- 3 Mei 09 - 5 Jul 09


07 December 2008

Salam Aidiladha


Editor ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh pelayar laman blog USM Daily dan warga kampus. Semoga segala pengorbanan yang dilakukan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT. Kepada jemaah haji semoga mendapat haji yang mabrur dan selamat pulang ke tanah air dengan kesihatan yang terbaik untuk bersama ahli keluarga masing-masing

05 December 2008

Salam Perkenalan Mahasiswa


Salam Perkenalan kepada seluruh warga pelayar laman blog USM Daily. Laman blog yang akan memaparkan isu-isu semasa berkaitan dengan mahasiswa. Maklumat dan ulasan yang benar dan terkini terus untuk capaian dan rujukan anda