10 August 2010
20 January 2010
Pro Mahasiswa Berjiwa Pembangkang




12 January 2010
Merealisasikan Parlimen Mahasiswa
.jpg)
.jpg)
07 January 2010
USM FC - WE LEAD
PULAU PINANG - Buat julung kali sebuah universiti tempatan disenaraikan dalam pasukan yang bakal beraksi dalam saingan bola sepak Liga Perdana musim 2010.Penyertaan Universiti Sains Malaysia (USM) melalui pasukannya, USM FC yang bakal beraksi dengan jersi putih dan ungu, melengkapkan 14 pasukan Liga Perdana, musim ini.
Stadium USM di sini akan menjadi gelanggang tuan rumah.
USM FC bakal menggegarkan saingan kali ini dengan penampilan sulung Liga Perdana 2010 menentang Pos Malaysia pada 11 Januari ini.
Pasukan yang dibimbing oleh bekas jurulatih skuad Liga Super Pulau Pinang, S. Veloo, bakal menggabungkan 10 pemain profesional bersama-sama 14 pemain USM sedia ada.
Antaranya, ialah dua bekas pemain Liga Super Pulau Pinang, M. Prakash, Mohd. Noraslan Md. Makhtar, dua bekas pemain Liga Perdana Kedah iaitu Mohd. Fakhrul Radzi Yaacob dan Rohaizat Md. Ali dan bekas pemain Proton FC, Mohd. Redzuan Nawi.
Veloo berkata, beliau memikul tanggungjawab besar mengendalikan pasukan 'baru' itu.
Namun, katanya dia optimis para pemainnya mampu memberi cabaran hebat kepada pasukan lawan.
"Keputusan perlawanan pertama besar maknanya kepada pasukan ini dan saya positif gabungan pemain pelbagai latarbelakang dan pernah beraksi dalam Piala FA sebelum ini bakal digunakan sebaik mungkin," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita majlis penyerahan bendera USM dan memperkenal pemain serta pengurusan pasukan di sini semalam.
Pada majlis itu, USM FC turut menerima sumbangan berjumlah RM200,000 bagi kos latihan.
(Utusan, 6 Januari 2010, ms 28, Sukan)
05 January 2010
Parlimen Pelajar : Bersediakah Kita?

29 December 2009
Selamat Kembali Ke Kampus
28 November 2009
Politik Persepsi Di Kampus
Tiga pemain utama politik kampus di USM ketika ini ialah Pro-Aspirasi, PMI dan SPF. SPF atau Student Progressive Front adalah cabang politik kepada Persatuan Bahasa Tionghua atau PBT, dan bersama-sama dengan PMI serta beberapa lagi pertubuhan, mereka telah membentuk satu pakatan yang dinamakan sebagai Pro-Mahasiswa. Matlamatnya adalah untuk menentang secara langsung gerakan Pro-Aspirasi Universiti.
Persatuan Mahasiswa Islam atau PMI merupakan persatuan berdaftar yang sangat aktif di USM. Ia terorganisasi dengan baik dan sering menganjurkan pelbagai program untuk mahasiswa USM. Sebagai sebuah pertubuhan persaudaraan yang mementingkan dakwah dan tarbiyah, PMI dilihat sangat memberi pengaruh dalam pakatan Pro-Mahasiswa. Namun begitu, pengaruh yang dibina tersebut seolah-olah terbatas dalam kalangan pelajar Melayu Islam saja. Hal ini turut disedari oleh rakan-rakan dalam pakatan Pro-Mahasiswa sendiri.
Situasi ini berbeza jika dibandingkan dengan peranan yang dimainkan oleh SPF. Sejak akhir-akhir ini, SPF kelihatan begitu agresif menjalankan kempen memburuk-burukkan kem Pro-Aspirasi Universiti yang menjadi pilihan mahasiswa USM sejak sekian lama. Beberapa siri artikel, flyers, poster dan sebagainya lagi lebih banyak menonjolkan imej SPF sebagai dominator dalam Pro-Mahasiswa. Ia sekali gus membuktikan laungan amaran kononnya mereka akan merampas tampuk kepimpinan MPP bukan satu perkara yang boleh dianggap mudah oleh Pro-Aspirasi.
Hal yang sama juga dilaungkan oleh pihak PMI. Menurut sumber yang diperoleh daripada orang kuat PMI sendiri, persatuan tersebut akan melancarkan gelombang besar dalam kempen pilihan raya kampus kelak. Sama ada ia sudah bermula atau pun tidak, jelas ia juga adalah satu amaran awal kepada jentera Pro-Aspirasi. Mereka juga memberikan keyakinan kepada mahasiswa USM bahawa PMI akan menguasai majoriti MPP sidang hadapan. Persoalannya, kenapa wujud dua kenyataan yang berbeza daripada Pro-Mahasiswa? Siapakah yang lebih menguasai pakatan tersebut?
Hal ini juga menjadi tanda-tanya dalam kalangan penyokong Pro-Mahasiswa sendiri. Dalam edaran artikel, flyers, poster dan sebagainya yang dibuat oleh Pro-Mahasiswa sejak akhir-akhir ini, hanya identiti SPF sahaja yang ditonjolkan atau dicetak. Ia berbeza sama sekali dengan strategi yang digunakan dalam kempen-kempen sebelum ini dimana nama-nama persatuan yang berada di bawah pakatan Pro-Mahasiswa akan dicetak bersama dimulai dengan PMI, SPF dan seterusnya. Persoalan yang diajukan ialah, apakah strategi yang digunakan dan adakah ia berkesan?
Sumber daripada MPP juga menyatakan perwakilan pelajar daripada Pro-Mahasiswa ketika ini gagal berfungsi dengan baik seperti mana yang dilaung-laungkan semasa kempen dahulu. Tidak ada suara daripada Pro-Mahasiswa yang diketengahkan melalui MPP sebaliknya sebarang isu lebih banyak dikepalai oleh persatuan-persatuan dinaungi mereka sendiri. Perwakilan pelajar daripada SPF pula langsung tiada kerana calon mereka telah ditolak dalam pilihan raya yang lalu. Justeru adakah perwakilan pelajar daripada PMI dalam MPP telah mengecewakan pihak SPF sehingga menyebabkan mereka mula bergerak sendirian dalam kempen kali ini?
Semua ini sudah pasti akan menimbulkan lebih banyak persoalan. Ketika ini sudah kedengaran suara-suara yang mempertikaikan peranan ‘Pro’- Mahasiswa. Adakah mereka benar-benar menyokong suara mahasiswa atau lebih banyak mencedok modus operandi kempen pihak pembangkang untuk diimplimentasikan dalam pilihan raya kampus? Adakah mereka hanya gemar menaburkan janji sahaja kepada mahasiswa sedangkan langkah konkrit yang diharapkan langsung tiada dalam kepala mereka? Adakah kelibat Pro-Mahasiswa hanya wujud sewaktu kempen pilihan raya sahaja dan hilang lenyap selepas pilihan raya berlalu?
Ia sama sekali berbeza dengan Pro-Aspirasi yang sentiasa bersama dengan pelajar dan universiti. Penglibatan para pelajar dalam aktiviti yang dijalankan oleh universiti telah membuktikan bahawa gerakan aspirasi yang bukan berstatus persatuan atau pertubuhan adalah lebih fleksibel, praktikal dan mesra kampus. Hal ini secara tidak langsung berjaya menangkis pandangan bahawa aspirasi adalah kelompok pelajar elit yang sombong dan tidak mesra dengan para pelajar lain. Mahasiswa USM juga semakin terbuka dengan dasar universiti yang sentiasa memerlukan sokongan daripada para pelajar dalam setiap aktiviti yang diadakan. Dalam hal ini, Pro-Aspirasi sentiasa ke hadapan dalam mengepalai peranan mahasiswa USM.
Sebagai contoh, program Perkampungan 1Siswa 1Malaysia yang diadakan baru-baru ini adalah salah satu manifestasi langsung terhadap semangat cintakan universiti seperti yang didokong oleh Pro-Aspirasi selama ini. Melalui program tersebut, peranan mahasiswa telah dioptimumkan seiring dengan semangat patriotisme sekali gus menjadi wadah kepada para pelajar yang terlibat untuk menyumbang sesuatu kepada universiti. Sebahagian besar tenaga penggerak program tersebut adalah mereka yang sentiasa mendokong aspirasi universiti, yang sentiasa melebihkan tindakan berbanding bercakap kosong. Begitu juga dengan beberapa lagi program yang diadakan termasuk Kempen Dua Jam Tanpa Kenderaan Bermotor dan sebagainya.
Malangnya, sewaktu acara-acara ini diadakan, terdapat cakap-cakap daripada pihak Pro-Mahasiswa sendiri yang cuba mempertikaikan motif penganjurannya. Mereka mendakwa wujud pembaziran yang melampau, penuh hiburan yang melalaikan serta tidak mencerminkan minda APEX dalam kalangan mahasiswa USM. Pelbagai lagi tuduhan dilontarkan. Apa yang dikesalkan ialah, semua tuduhan tersebut kedengaran selepas acara diadakan. Mereka menuduh tanpa mengemukakan sebarang langkah atau cadangan pembaikan yang boleh dikongsikan. Semua ini seolah-olah membenarkan hakikat betapa Pro-Mahasiswa hanya tahu membangkang terhadap segala usaha universiti dalam menggalakkan penglibatan mahasiswa dalam setiap aktiviti yang diadakan. Kenapa mereka tidak membangkang ketika di peringkat awal perancangan lagi? Kenapa tidak digunakan medium MPP untuk membangkang?
Justeru, setiap mahasiswa seharusnya berlaku adil dalam menyatakan pendirian masing-masing. Harus diingat, tidak semua yang kita buat itu betul dan tidak semua yang orang lain buat itu tidak betul. Jadilah pembangkang yang adil terhadap diri sendiri terlebih dahulu sebelum membangkang hak orang lain. Tidak baik pada anda tidak bermakna buruk juga pada orang lain. Ia hanya persepsi. Yang penting ialah keterlibatan.
Dipetik dari http://mataharisayang.blogspot.com/
25 November 2009
Selamat Bercuti dan Salam Aidiladha

30 June 2009
Maimunah Ibrahim (kiri) bersalaman dengan Khu Li Huang (berkerusi roda), sambil diperhatikan oleh ibunya, Ewe See Moi dan pelajar warga emas dan Pengerusi Lembaga Pengarah usm, Tan Sri Dr. Ani Arope (tengah) selepas sambutan Siswa Lestari Kemasukan Sesi 2009-2010 di USM, semalam.di universiti berkenaan.
Ia tidak terkecuali bagi Khu Li Huang, 26, yang memilih jurusan Sains Kemasyarakatan, walaupun keadaan dirinya yang lumpuh seluruh anggota badan.
Selainnya, dua lagi pelajar OKU iaitu Badrul Hisyam Mokhtar, 22, dan Chang Fah Lee, 20 dan enam lagi warga emas iaitu Maimunah Ibrahim, 61, Tan Chin Huat, 55, Au Yong Mee Yan, 54, Lim Ai Choo, 56, Ismail Omar, 53, dan Abdul Hadi Baba, 51, turut mendaftar di universiti berkenaan, semalam.
Lumpuh bukan penghalang ke IPT
TIMBALAN Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar USM, Prof. Omar Osman bertanya sesuatu kepada Li Huang sambil diperhatikan ibunya, Ewe See Moi di George Town semalam. Ini dibuktikan oleh Khu Li Huang, 26, yang lumpuh anggota badan untuk turut bersaing dengan lebih 3,000 pelajar baru Universiti Sains Malaysia (USM) bagi sesi baru pengajian 2009/2010 di sini.
"Saya ada mendapat tawaran daripada institusi pengajian tinggi swasta yang lain tetapi terpaksa menolak kerana di sana tiada kemudahan untuk golongan OKU seperti saya," katanya selepas majlis angkat sumpah Sambutan Siswa Lestari di Dewan Tuanku Syed Putra, USM, semalam.
Li Huang yang akan mengikuti pengajian Sains Kemasyarakatan berkata, dia amat berpuas hati dengan kelengkapan OKU di USM khususnya kemudahan seperti tandas, laluan OKU dan asrama.
Dipetik dari www.kosmo.com.my
25 June 2009
Pesanan kepada mahasiswa

Oleh MOHAMMAD ISMAIL dan
SEJUMLAH 128,295 tempat untuk kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), politeknik dan kolej komuniti bagi sesi Julai 2009 ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Jumlah tersebut bersamaan dengan 32 peratus daripada sejumlah 400,996 permohonan bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda, program diploma dan sijil.
Ini bermakna 68 peratus atau 272,701 calon yang gagal mendapat tempat perlu mencari alternatif lain seperti kolej swasta atau mencuba nasib mencari pekerjaan.
Lazimnya dalam saat begini, ibu bapa adalah orang yang paling sibuk menguruskan persiapan anak-anak untuk mendaftar di universiti. Tiada kata yang boleh digambarkan mengenai betapa gembiranya mereka apabila mendapat surat tawaran kemasukan anak ke universiti. Kalau boleh mahu dicanangkan ke seluruh kampung atau daerah.
Begitulah gambaran perasaan gembira ibu bapa. Mereka sanggup bergolok-gadai malah sanggup menyewa kereta untuk menghantar anak-anak ke universiti.
Kebiasaannya di kampung-kampung atau di mana sahaja, ada diadakan juga majlis kesyukuran dan sembahyang hajat untuk menzahirkan kesyukuran. Namun dalam kegembiraan tersebut, kami sekadar ingin mengingatkan bakal mahasiswa di menara gading.
Sebagai bakal mahasiswa dan seorang anak, anda pastinya memikul tanggungjawab yang besar. Satu perkara yang perlu selalu bermain dikotak fikiran anda ialah mengimbangi antara matlamat diri, tanggungjawab dan amanah keluarga.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian apabila secara rasminya menjadi warga kampus yang akan dipanggil siswa dan siswi universiti ialah seperti berikut.
Utamakan cita-cita bukannya cinta
Walaupun cinta itu akan hadir dalam setiap diri manusia terutama golongan remaja, namun anda perlu ingat, apa yang perlu diutamakan. Jika kita mencapai cita-cita dengan kejayaan nescaya cinta juga akan dinikmati dalam masa yang sama atau bakal datang kepada anda.
Jangan kerana terlalu asyik berjumpa 'rakan baru', kita menjadi 'kelabu mata' sehingga lupa cita-cita yang menjadi matlamat asal.
Hapuskan sindrom backbenchers club
Satu sindrom yang menular di kalangan sebahagian pelajar universiti ialah berlumba-lumba datang awal ke kelas. Tetapi bukan untuk duduk di barisan depan sebaliknya berebut-rebut mengisi kerusi di belakang.
Jika anda ingin menumpukan perhatian kepada syarahan, rebutlah kesempatan untuk mengisi ruang di depan kerana penyampaian pensyarah akan dapat dicerap dengan lebih jelas dan tepat jika anda berada lebih hampir dengan beliau.
Jauhi perangai musang, siang mengantuk malam berjaga
Satu tabiat yang agak biasa di kalangan pelajar adalah bersembang dengan rakan-rakan sehingga lewat malam. Tidak cukup dengan itu terdapat juga segelintir yang menyambung tugas untuk 'berperang' atau 'mengatur strategi' dengan bermain permainan komputer.
Akibatnya pasti ada yang terbabas untuk mengikuti kelas di waktu pagi dan ada juga yang "mengangguk-angguk" ketika di dalam kelas. Bukan kerana faham apa yang diajar tetapi mengantuk.
Antara resipi kejayaan seseorang pelajar universiti adalah mereka yang dapat mengikuti setiap syarahan dengan baik dan juga dapat memberi tumpuan ketika di dalam kelas. Kajian menunjukkan pelajar yang berjaga malam gagal mendapat keputusan CGPA yang tinggi.
Sentiasa menjadi rider bukannya passenger
Satu fenomena sejak dulu lagi ialah setiap kali tugasan diberi untuk dibuat pembentangan dan laporan pasti ada yang mengelak. Ramai yang mahu mengambil jawatan sebagai 'penumpang'.
Sebagai mahasiswa alaf baru, fenomena ini perlu diubah kerana seseorang yang berjaya, berkarisma, berketerampilan adalah terdiri dari golongan mahasiswa yang sentiasa menjadi pemimpin atau rider dan bukannya passenger.
Untuk menjadi pemimpin yang hebat di masa depan kita mesti mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dan universiti adalah platform yang terbaik untuk mengasah kilauan bakat untuk membuktikan anda adalah pemimpin masa depan.
Bina hubungan positif dengan pensyarah dan rakan-rakan
Jika kita membaca dan mengkaji antara resipi kecemerlangan seseorang pelajar ialah sentiasa berbincang dengan rakan sekelas melalui kumpulan belajar. Sebaik-baiknya tidak melebihi lima orang.
Selain daripada itu perbincangan dengan pensyarah juga akan membantu kejayaan kerana pensyarah itulah yang akan memeriksa kertas jawapan peperiksaan.
Oleh itu penting untuk mengetahui dan menyelidik tentang kehendak sesuatu soalan serta cara menjawab. Anda tidak boleh menyusuri kampus seorang diri untuk berjaya sebaliknya perlu berbincang dengan rakan dan pensyarah.
Setelah menjalani kehidupan di kampus nanti jangan lupa sekali-sekala bertanya khabar ayah dan ibu. Jangan hanya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sekadar untuk meminta bantuan tambahan apabila poket hampir kosong. Sedikit pesanan di atas sekadar mengingatkan bakal mahasiswa agar anda tidak 'menghadiri konvokesyen' lebih awal daripada rakan-rakan seperti buah yang gugur sebelum waktunya.
Mengikut statistik, sejumlah 4,800 daripada jumlah kemasukan pelajar setiap tahun gagal menamatkan pengajian atau diberhentikan daripada IPTA sepanjang tempoh 2005 hingga 2008. Walaupun jumlah tersebut dianggap sedikit tetapi ia masih merupakan satu amaran yang jelas kepada anda semua bahawa ramai yang berkorban dan bergantung harap untuk memastikan kejayaan anda terutama ayah dan ibu, saudara-mara dan sahabat-handai.
Kegagalan anda juga merupakan satu kerugian yang besar kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Walaupun negara menghadapi krisis ekonomi namun kerajaan terus komited daripada segi penyediaan bantuan kewangan apabila sejumlah RM3 bilion diperuntukan menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Namun begitu, kita percaya dalam diri setiap bakal mahasiswa tidak terlintas akan istilah kegagalan. Bagaimanapun, sedikit kealpaan dan kelalaian akan menghanyutkan anda ke arus kekecewaan.
Seseorang pelajar yang menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di IPTA perlu bermuhasabah diri. Anda perlu menganggap bahawa tawaran tersebut biarpun mungkin bukan pilihan utama tetapi adalah peluang keemasan yang datang sekali seumur hidup.
Oleh kerana masih ramai yang gagal mendapat tempat, hargailah peluang tersebut dengan sebaik mungkin untuk mengangkat taraf hidup diri dan keluarga. Anda perlu sedar akan peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Untuk berjaya anda perlu bersedia untuk berkorban, menetapkan matlamat hidup yang jelas, pandai mengurus masa dan pandai membawa diri.
Ibarat pepatah Melayu "adat periuk berkerak, adat lesung berdedak". Untuk berjaya juga pelajar IPTA perlu tabah dan rajin. Jadilah sebagai seorang graduan nanti yang "dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi pepohon yang merendang dan dicampak ke angkasa menjadi bintang yang menyinar". Sekalung tahniah buat yang berjaya!
KEDUA-DUA PENULIS ialah pensyarah dan Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara, Perlis.
Dipetik dari www.utusan.com.my
24 June 2009
Selamat Datang Mahasiswa Baru APEX
USM Daily mengucapkan Selamat Datang kepada mahasiswa baru ambilan Sidang 2009/2010 yang akan mendaftarkan diri di ketiga-tiga kampus pada 27 Jun 2009 ini. Kedatangan pelajar baru dan keluarga amat dialu-alukan bagi merasai suasana baru alam kampus. Dijangka seramai 3600 orang pelajar yang akan mendaftarkan diri pada sidang kali ini.Sesungguhnya kehadiran pelajar baru kali ini, membuka satu lembaran baru kepada Universiti bertaraf APEX ini dalam melahirkan graduan yang mempunyai personaliti dan kemahiran yang pelbagai. Program Minggu Siswa Lestari yang direncana bagi menggantikan Minggu Suaikenal yang saban tahun menjadi amalan bagi setiap universiti. Konsep berdikari diterapkan sepanjang minggu pelaksanaan Program Siswa Lestari.
USM Daily mendoakan kepada semua pelajar baru berada dalam keadaan selamat dan sejahtera sepanjang perjalanan ke Menara Ilmu yang akan menjadi tempat menimba ilmu dan pengalaman. Pastikan anda semua membawa segala keperluan yang diperlukan untuk mengelakkan sebarang masalah.
13 May 2009
Mahasiswa dan kemelut politik negara
Pada hari ini, negara kita sedang hangat dengan isu kemelut politik yang berlaku di Perak. Masing-masing bertelagah untuk merebut kuasa. Di manakah kesudahannya? Dewan Undangan Negeri masih lagi tidak bersidang untuk membincangkan isu-isu rakyat di Perak. Sedangkan perkara itu yang lebih utama untuk dibincangkan.
Dimanakah sebenarnya acuan politik negara kita ini dibina? Secara realitinya, keadaan politik negara kita pada hari ini mempunyai beberapa kelemahan yang perlu untuk diperbaiki. Namun begitu, siapakah yang mahu membaikinya?
Secara umumnya, kita akan mengharapkan kepimpinan tertinggi negara yang akan memperbaikinya. Atas rasional, mereka yang bertanggungjawab dalam membentuk agenda politik negara.
Persoalan mula timbul apabila berlaku perselisihan ideologi antara pemimpin-pemimpin di dalam negara. Mereka tidak mendapat kesepakatan dalam menguruskan pentadbiran negara. Sehinggakan sekarang berlaku perselisihan yang tidak tahu bilakah kesudahannya. Jadi, bilakah masanya kita mampu memperbaiki kelemahan sistem politik negara demi kepentingan rakyat jelata?
Pada hemat saya, sudah tiba masanya mahasiswa memainkan peranan dalam membina acuan politik yang lebih matang. Mahasiswa boleh berperanan dalam merangka acuan politik negara yang matang bermula dengan agenda politik kampus yang matang.
Walaupun kita sedia maklum, bahawa mahasiswa juga mempunyai agenda politik yang tersendiri. Namun, mahasiswa perlu melatih diri supaya mencari titik persamaan dalam ideologi politik masing-masing.
Atas dasar kebaikan bersama. Bukan mencari titik perselisihan yang dapat menjadikan kita bertelangah atas perkara yang remeh temeh. Jika perkara ini dapat dilakukan, maka pada masa depan, acuan politik negara kita akan lebih sempurna.
Mahasiswa adalah pelapis kepada kepimpinan negara pada masa akan datang. Saya menyeru kepada semua mahasiswa di seluruh negara agar tidak terpengaruh dengan kemelut politik di negara kita. Kita adalah ‘frontline’ kepada perubahan politik negara kita pada masa akan datang.
Lakukan perubahan dalam berhadapan dengan ideologi politik yang berbeza. Kita tidak boleh terpengaruh dengan politik di luar sana. Kita adalah agen perubahan, bila mana disebut tentang agen perubahan, kita perlu menilai segala kelemahan yang ada, supaya kita dapat memperbaiki kelemahan itu.
Pemimpin mahasiswa perlu mencari titik persamaan dalam mencari erti kemakmuran bersama. Kemelut politik yang berlaku adalah akibat daripada kedegilan bakal-bakal pemimpin yang tidak belajar daripada kesilapan yang berlaku.
Dipetik dari : http://shafiqaziz.blogspot.com/ (YDP MPPUSM 2009/2010)
11 May 2009
5 universiti Malaysia tersenarai antara 100 Universiti Terbaik Asia

KUALA LUMPUR 11 Mei — Universiti Malaya (UM) mendahului empat universiti tempatan yang lain dalam senarai 100 Universiti Terbaik Asia, kedudukan serantau pertama yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education (THE)-Quacquarelli Symonds (QS).
UM menduduki ranking ke-38 sementara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di ranking ke-51, Universiti Sains Malaysia (USM) di kedudukan ke-69, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kedudukan ke-82 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan ke-90.
Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli berkata keputusan yang dikeluarkan oleh QS.com Asian University Rankings, adalah berdasarkan ukuran kecemerlangan serantau sesebuah universiti.
“Universiti yang berprestasi cemerlang ditentukan bukan sahaja berdasarkan kualiti tetapi juga produktiviti kajian mereka, berbanding universiti serantau yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata universiti di Malaysia mempunyai prestasi yang baik, dengan jumlah pelajar antarabangsa dan fakulti yang banyak, yang menjadikan Malaysia tarikan kepada pelajar antarabangsa. - Bernama
09 April 2009
Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 2
USM Daily mengucapkan selamat dan semoga berjaya kepada seluruh mahasiswa/i USM yang akan menduduki peperiksaan akhir Semester 2 pada sidang kali ini. Usaha yang dilakukan sepanjang semester ini diharap dapat menjadi bekalan semasa mengharungi kertas soalan di tempat peperiksaan masing-masing. Pastikan kesihatan dan keselamatan diri terpelihara sepanjang minggu peperiksaan ini. Jangan lupa bawa peralatan yang diperlukan dan slip peperiksaan. Jangan sampai tersilap melihat jadual peperiksaan. USM Daily mendoakan yang terbaik kepada semua mahasiswa/i. Kepada Pelajar Tahun Akhir, ini mungkin peperiksaan anda yang terakhir dan pastikan anda lakukan yang terbaik. Segala memori di Menara Ilmu ini diharap dapat membantu diri ketika mengharungi kehidupan di luar kampus nanti.30 March 2009
Penyelidik USM diiktiraf

KUALA LUMPUR 25 Mac - Tiga tokoh wanita menerima Anugerah Khas Pingat Emas Pergerakan Wanita UMNO sempena Perhimpunan Agung ke-59 parti itu di sini hari ini.
Tokoh-tokoh tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Asma Ismail; saintis serta ahli akademik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr. Halimaton Hamdan dan Ketua Pengarah Suruhanjaya Sosial dan Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia Pasifik (UNESCAP), Ir. Dr. Salmah Zakaria.
Dr. Asma dan Dr. Halimaton menerima anugerah masing-masing daripada Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz manakala Dr. Salmah yang tidak dapat hadir diwakili oleh anaknya.
Asma yang memulakan kerjayanya sebagai pensyarah USM pada 1986 juga seorang profesor di Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (Informm) USM.
Beliau yang merupakan seorang pakar molekular biologi telah berjaya melakukan penemuan antigen spesifik bakteria Salmonella Typhi dan membangunkan kit diagnostik segera bagi penyakit demam kepialu yang dikomersialkan di lebih 18 buah negara sejak tahun 1994.
Sementara itu, Halimaton pula merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Profesor di UTM.
Beliau yang menerajui kajian zeolite dan nanostructures telah disenaraikan oleh International Biographical Center di Cambrige, United Kingdom sebagai salah seorang daripada 1,000 saintis cemerlang bagi tahun 2008/09.
Salah satu produk hasil kajian Dr. Halimaton iaitu maerogel (bahan nano paling ringan dan penebat haba terbaik) berjaya dipatenkan di negara ini dan di 22 buah negara lain.
Seorang lagi penerima anugerah khas, Salmah yang telah berkhidmat selama 31 tahun dalam perkhidmatan awam kini bertugas dengan UNESCAP di Bangkok, Thailand.
Beliau merupakan pakar dalam bidang pengurusan air dan terbabit secara aktif dalam usaha menangani impak negatif banjir serta pencemaran akibat pembangunan pesat yang tidak terkawal.
Dalam pada itu, seramai 16 wanita muda yang cemerlang dalam pendidikan menerima anugerah pingat emas.
Mereka terdiri daripada siswazah UTM, Nooratiqah Mohd. Arif; siswazah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Syirzatul Azwa Karim; siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Siti Khairiyah Sejo; siswazah Universiti Putra Malaysia (UPM), Aini Marina Ma'arof; siswazah Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Azliana Abu Bakar Sajak; siswazah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Rita Maizura Mohamed; siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Iznny Ismail dan siswazah Universiti Tun Hussein Onn, Liyana Mahat.
Penerima lain ialah siswazah Universiti Malaya (UM), Jeissy Lim; siswazah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem), Nur Zawani Saharuddin; siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Fauziah Hassan; siswazah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Nurul Mubinah Suhaimi; siswazah Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Farah Farhana Zainal; siswazah Universiti Utara Malaysia (UUM), Nor Ana Nordin; siswazah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Leydra Philip Felix dan siswazah USM, Nor Airin Muhammad Aidil Koay.
12 February 2009
USM PERTAMA DALAM NEGARA HASIL SISTEM CANGGIH GUNA TEKNOLOGI RF

03 February 2009
Universiti Apex: Kegagalan bukan satu pilihan
PULAU PINANG 2 Feb – Kegagalan bukanlah satu pilihan bagi Universiti Sains Malaysia (USM) dalam memenuhi tuntutannya setelah diiktiraf universiti pertama dalam negara meneraju Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX).
Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak berkata, muncul sebagai universiti APEX merupakan cabaran paling besar yang perlu dipikul oleh seluruh warga USM termasuk pensyarah, kakitangan dan pelajarnya.
Katanya, cabaran tersebut memerlukan komitmen dan kerjasama dari semua pihak supaya pengiktirafan yang diberikan itu mampu membawa satu contoh terbaik untuk universiti lain pada masa depan.
``Kegagalan bukanlah pilihan buat kita. Justeru kita perlu meningkatkan prestasi masing-masing dari segenap bidang supaya mampu bersaing di peringkat global di samping membuktikan USM mampu mengubah hala tuju bidang pengajian tinggi pada masa depan ke arah yang lebih mapan.
``Ia memerlukan pengorbanan dan komitmen tinggi daripada warga USM supaya cita-cita ini tercapai. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah jika kita semua tidak bekerjasama dan mudah menyerah kalah,’’ ujar beliau.
Dzulkifli berkata demikian dalam Perutusan Naib Canselor 2009 bertajuk Universiti Apex: Satu Tuntutan, Satu Pengorbanan di Dewan Tuanku Syed Putra di sini hari ini.
Seramai kira-kira 3,000 warga USM termasuk Pengerusi Lembaga Pengarah USM, Tan Sri Ani Arope hadir pada majlis itu.
Menurut Dzulkifli, tujuh teras utama perlu digunapakai dalam memacu prestasi universiti setelah dipilih sebagai universiti Apex pertama negara ini.
Ketujuh-tujuh prinsip tersebut kata beliau, ialah masa hadapan, kelainan, kelestarian, kemanusiaan, kesejagatan, perubahan dan pengorbanan.
``Semua pihak harus memahami bahawa prinsip asas pemilihan USM sebagai universiti Apex di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah disebabkan oleh kesediaannya untuk menerokai masa hadapan berteraskan kepada kelestarian hari esok,'' katanya.
Jelasnya, untuk memenuhi tuntutan masa depan, semua pihak perlu berani untuk melakukan perubahan untuk menghayati dan berpegang teguh kepada nilai-nilai intelek yang berteraskan kepada ilmu pengetahuan.
02 February 2009
USM CARI JALAN BANTU PENDUDUK GAZA
PULAU PINANG, 2 Feb – Universiti Sains Malaysia (USM) bercadang mengambil kanak-kanak mangsa peperangan di Gaza, Palestin untuk diberikan bantuan perubatan dan tempat tinggal sementara yang lebih selamat di negara ini.Misi membawa kanak-kanak malang tersebut ke negara ini khususnya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian tercetus disebabkan kesukaran untuk menghantar bantuan penyelamat dari Malaysia ekoran pergolakan di negara tersebut masih belum reda dan diisytihar selamat.
Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak berkata, langkah iu dirasakan amat sesuai bagi membantu mangsa peperangan di Gaza yang dihimpit masalah kekurangan bantuan perubatan khususnya dari segi peralatan, ubat-ubatan dan sebagainya.
Katanya, walaupun banyak pihak telah berusaha mengumpul dana untuk disalurkan ke Gaza, namun itu tidak mencukupi memandangkan mangsa peperangan khasnya kanak-kanak di sana memerlukan lebih dari sekadar wang ringgit.
``Keadaan di Gaza amat teruk dengan kemusnahan berlaku di mana-mana termasuk di hospital. Pekar-pakar perubatan di sana menghadapi masalah dalam memberi bantuan perubatan kerana peralatan tidak mencukupi dan bilangan pesakitnya ramai.
``Justeru USM perlu mengambil inisiatif untuk membantu mereka dengan cara membawa balik kanak-kanak yang tercedera dan trauma ekoran peperangan itu ke Malaysia dan diberikan bantuan sewajarnya,’’ jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Perutusan Naib Canselor USM 2009 yang bertajuk Universiti APEX: Satu Tuntutuan, Satu Pengorbanan di sini hari ini. Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dato’ Ani Arope.
Dzulkifli turut berkata, situasi di Palestin sangat berbeza dan pelbagai pihak di negara ini menghadapi kerumitan untuk menghantar pasukan perubatan ke sana.
``Walaupun kita tidak dapat ke sana, namun kepakaran dan peralatan yang kita ada tetap boleh digunakan dengan membawa pesakit-pesakit dari Gaza ke HUSM. Ini dirasakan sangat membantu meringankan beban dan kesakitan yang mereka alami,’’ ujarnya.
Tambah beliau, kanak-kanak tersebut akan ditempatkan menerima rawatan di HUSM dalam tempoh tertentu sehingga mereka benar-benar pulih sebelum dihantar semula ke Palestin.
Beliau berkata, USM ketika ini sedang dalam perbincangan dengan beberapa pihak termasuk Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy) dalam usaha merealisasikan misi kemanusiaan tersebut.
``Jika perbincangan berjalan lancar, USM dijangka menempatkan sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak Palestin berusia bawah 10 tahun di HUSM pertengahan Mac depan,’’ tambah beliau.
Terdahulu, USM melalui Pusat Islam turut berjaya meraih kutipan daripada warga kampus berjumlah RM12, 582 untuk disalurkan ke Tabung Bantuan Palestin.
Dana tersebut telah diserahkan oleh Pengarah Pusat Islam USM, Prof. Madya Nasirun Saleh kepada Ani Arope dalam majlis yang turut dihadiri oleh kira-kira 3,000 warga USM tersebut.
26 January 2009
Pelajar USM Sumbang RM10,000 untuk Tabung Palestin
Penyerahan dilakukan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dzulkifli Abdul Razak hari ini kepada Ketua Biro NST Pulau Pinang, Sharanjit Singh yang disaksikan oleh wakil MPPUSM dan pertubuhan-pertubuhan pelajar.
“Ini adalah tanda keprihatinan USM terhadap penderitaan warga Palestine dan simpati pelajar kepada tragedi yang berlaku,”kata Prof. Tan Sri Dzulkifli.
Pada majlis yang, Naib Canselor USM turut menyerahkan nota bantahan yang ditandatangani oleh hamper 10,000 pelajar yang dipungut sejak dua minggu lalu kepada Ketua Biro NST .
Nota tersebut menggesa para pemimpin Pertubuhan Negara Islam (OIC) untuk memainkan peranan sewajarnya membantu rakyat Palestin, menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengambil langkah-langkah bijak untuk genjatan senjata serta melakukan pemboikotan terhadap barangan dari Israel dan sekutunya.
“Sebagai sokongan terhadap usaha pelajar, pihak Universiti juga akan memberikan sumbangan dalam jumlah yang sama kepada pihak berkenaan,”kata Naib Canselor.
Sumber : www.usm.my