Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

24 June 2009

Selamat Datang Mahasiswa Baru APEX

USM Daily mengucapkan Selamat Datang kepada mahasiswa baru ambilan Sidang 2009/2010 yang akan mendaftarkan diri di ketiga-tiga kampus pada 27 Jun 2009 ini. Kedatangan pelajar baru dan keluarga amat dialu-alukan bagi merasai suasana baru alam kampus. Dijangka seramai 3600 orang pelajar yang akan mendaftarkan diri pada sidang kali ini.

Sesungguhnya kehadiran pelajar baru kali ini, membuka satu lembaran baru kepada Universiti bertaraf APEX ini dalam melahirkan graduan yang mempunyai personaliti dan kemahiran yang pelbagai. Program Minggu Siswa Lestari yang direncana bagi menggantikan Minggu Suaikenal yang saban tahun menjadi amalan bagi setiap universiti. Konsep berdikari diterapkan sepanjang minggu pelaksanaan Program Siswa Lestari.

USM Daily mendoakan kepada semua pelajar baru berada dalam keadaan selamat dan sejahtera sepanjang perjalanan ke Menara Ilmu yang akan menjadi tempat menimba ilmu dan pengalaman. Pastikan anda semua membawa segala keperluan yang diperlukan untuk mengelakkan sebarang masalah.

11 May 2009

5 universiti Malaysia tersenarai antara 100 Universiti Terbaik Asia


KUALA LUMPUR 11 Mei — Universiti Malaya (UM) mendahului empat universiti tempatan yang lain dalam senarai 100 Universiti Terbaik Asia, kedudukan serantau pertama yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education (THE)-Quacquarelli Symonds (QS).

UM menduduki ranking ke-38 sementara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di ranking ke-51, Universiti Sains Malaysia (USM) di kedudukan ke-69, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kedudukan ke-82 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan ke-90.

Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli berkata keputusan yang dikeluarkan oleh QS.com Asian University Rankings, adalah berdasarkan ukuran kecemerlangan serantau sesebuah universiti.

“Universiti yang berprestasi cemerlang ditentukan bukan sahaja berdasarkan kualiti tetapi juga produktiviti kajian mereka, berbanding universiti serantau yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata universiti di Malaysia mempunyai prestasi yang baik, dengan jumlah pelajar antarabangsa dan fakulti yang banyak, yang menjadikan Malaysia tarikan kepada pelajar antarabangsa. - Bernama


09 April 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 2

USM Daily mengucapkan selamat dan semoga berjaya kepada seluruh mahasiswa/i USM yang akan menduduki peperiksaan akhir Semester 2 pada sidang kali ini. Usaha yang dilakukan sepanjang semester ini diharap dapat menjadi bekalan semasa mengharungi kertas soalan di tempat peperiksaan masing-masing. Pastikan kesihatan dan keselamatan diri terpelihara sepanjang minggu peperiksaan ini. Jangan lupa bawa peralatan yang diperlukan dan slip peperiksaan. Jangan sampai tersilap melihat jadual peperiksaan. USM Daily mendoakan yang terbaik kepada semua mahasiswa/i. Kepada Pelajar Tahun Akhir, ini mungkin peperiksaan anda yang terakhir dan pastikan anda lakukan yang terbaik. Segala memori di Menara Ilmu ini diharap dapat membantu diri ketika mengharungi kehidupan di luar kampus nanti.


SEMOGA BERJAYA

21 January 2009

Peneraju Kepimpinan MPP 08/09

Sdr. Mohd Syafiq telah dipilih sebagai Yang di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar USM bagi Sidang 2008/2009. Pembentukan Kabinet Majlis Tertinggi telah dihadiri oleh TNC HEPP dan semua ahli MPP yang telah memenangi Majlis Pemilihan Siswa. Pembentukkan Majlis Tertinggi ini dipilih berdasarkan keputusan sebulat suara semua ahli MPP.

Jawatan Naib Yang di Pertua telah diisi oleh Sdri. Izyan Kamila manakala Sdr. Mohd Solihin telah dipilih untuk memegang jawatan Setiausaha Agong. Bagi jawatan Bendahari, Sdr. Rahimi telah dipilih oleh ahli MPP yang menghadiri mesyuarat.

Bagi ahli MPP yang lain, pembentukan jawatankuasa masih lagi dalam perbincangan Ahli Majlis Tertinggi. Dijangka setiap portfolio akan ditentukan dalam jangkamasa sebelum penghujung bulan ini.

USM Daily mengucapkan jutaan tahniah kepada mereka yang dipilih sebagai Majlis Tertinggi dan juga sebagai MPP. USM Daily mendoakan agar semua ahli MPP yang dipilih ini diberikan kekuatan fizikal dan mental untuk melaksanakan tugas demi menjaga kebajikan dan prestasi pimpinan mahasiswa Apex Universiti.

07 January 2009

Perhimpunan Aman Palestin


Satu perhimpunan aman akan diadakan pada Jumaat, 9 Jan 2009 sebelum solat Jumaat pada jam 12.30tgh. Perhimpunan ini akan diadakan di perkarangan Masjid Malik Al Khalid. Seluruh warga kampus dijemput hadir untuk menunjukkan simpati dan sokongan kepada rakyat Palestin yang kini ditindas dengan kekejaman rejim Zionis. Turut akan akan dilancarkan nanti juga adalah Tabung Untuk Palestin yang akan dilancarkan oleh Yg. Berbahagia Tan Sri Dzulkifli Abd Razak dan diselaraskan oleh Sekretariat Sukarelawan USM.

20 December 2008

Selamat Kembali Ke Kampus

Editor mengalu-alukan kepulangan mahasiswa/i USM ke kampus untuk meneruskan pengajian bagi Semester 2 Sidang Akademik 2008/2009. Tahniah kepada mahasiswa/i yang mendapat keputusan yang cemerlang manakala bagi yang kurang cemerlang teruskan usaha untuk memperbaiki keputusan yang lebih baik dari sebelumnya. Jadikan kegagalan yang berlaku sebagai batu loncatan untuk kejayaan di masa hadapan.

Tempoh Pembelajaran :- 22 Dis 08 - 24 Jan 09
Cuti Pertengahan Semester :- 25 Jan 09 - 1 Jan 09
Tempoh Pembelajaran :- 2 Jan 09 - 4 Apr 09
Minggu Ulangkaji :- 5 Apr 09 - 12 Apr 09
Minggu Peperiksaan :- 13 Apr 09 - 2 Mei 09
Cuti Panjang/Latihan Industri :- 3 Mei 09 - 5 Jul 09


11 December 2008

Keputusan Provisional Sem 1 Sidang 2008/20089

Mahasiswa dan mahasiswi boleh mendapatkan keputusan provisional peperiksaan Semester 1 Sidang 2008/2009 dengan klik pautan di bawah ini.

Keputusan Provisional