Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato Saifuddin Abdullah telah mengemukakan cadangan untuk membenarkan mahasiswa melibatkan diri dalam bidang politik. Kenyataan beliau di Facebook dan di sini adalah rentetan daripada pengumuman Ketua Setiausaha Negara tentang penglibatan guru siswazah dalam arena politik. Di Facebook, idea Timbalan Menteri ini mendapat respon yang hangat dari para pembaca di mana ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong.
Bagi USM Daily, cadangan Timbalan Menteri ini dilihat adalah suatu yang ada pro dan kontranya. Cadangan ini perlu dilihat dari pelbagai sudut demi kebaikan negara amnya dan kebaikan mahasiswa khususnya. USM Daily melihat perkara ini tidak sepatutnya timbul kerana setelah AUKU dipinda, mahasiswa masih boleh menyertai dunia politik negara dengan mendapat kebenaran Naib Canselor universiti masing-masing. Dan sememangnya menurut pandangan Timbalan Menteri jika kebenaran diberikan haruslah diberikan sahaja tanpa perlu meminta kebenaran lagi.
Seharusnya kita perlu melihat kepentingan mendapatkan kelulusan Naib Canselor terlebih dahulu adalah kerana mahasiswa sebenarnya masih perlu dikawal dan dipantau agar tidak terpesong dari matlamat asal untuk menuntut ilmu mendapatkan sekeping ijazah. Jika tidak dipantau, mungkin mahasiswa yang terlibat dalam politik ini meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan untuk menuntut ilmu di universiti. Semua sedia maklum yang dunia politik adalah satu medan yang sangat mencabar sekali. Penuh dengan pelbagai dugaan dan taktik yang mampu menggugat kehidupan seseorang. Persoalan yang ingin USM Daily lontarkan disini mampukah mahasiswa mengharungi dunia politik yang mencabar ini?
Sekiranya mahasiswa yang terlibat dalam politik dengan terlebih dahulu memohon kebenaran dari pihak universiti, sekiranya berlaku sesuatu yang buruk kepada mereka, maka pihak universiti mempunyai rekod dan boleh membantu perkara yang sepatutnya. Contohnya, jika dengan meminta kebenaran universiti, seseorang mahasiswa itu ingin bertanding dalam pilihanraya umum, maka mahasiswa itu meminta kebenaran untuk menangguhkan pengajian. maka pihak universiti sedia maklum berbanding mahasiswa yang menyertai politik secara senyap-senyap dan tanpa kawalan. Jika tiada rekod, maka pihak universiti tidak mampu untuk membantu mereka yag bermasalah.
Jika mahasiswa telah dibenarkan menyertai politik dengan bebas, maka elemen politik akan menular di dalam kampus dengan sewenang-wenangnya. Mungkin jika cadangan ini menjadi kenyataan, maka tidak mustahil satu hari nanti kita kan melihat tumbuhnya cawangan-cawangan parti politik di dalam kampus, ceramah politik di dalam universiti dan kempen-kempen politik semasa pilihanraya umum di dalam kampus. Maka fokus untuk belajar bagi mahasiswa yang tidak ingin terlibat dengan politik akan terganggu dengan elemen-elemen politik. Umum sedia maklum yang ahli politik sememangnya akan cuba sedaya upaya untuk meluaskan pengaruh demi mendapatkan kuasa.
USM Daily tidak menyangkal ada kebaikannya cadangan ini. Antara kebaikannya ialah kita dapat memupuk kesedaran kepentingan politik di kalangan mahasiswa dimana mereka adalah majoriti pengundi muda yang tidak ambil kisah tentang masa depan kepimpinan negara. Tidak dinafikan di negara maju telah lama mengamalkan amalan ini tetapi USM Daily yakin mereka masih lagi ada elemen kawalan dari pihak universiti.
Marilah sama-sama kita renung dan fikirkan baik dan buruknya cadangan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini yang sememangnya terkenal dengan kemesraannya di kalangan mahasiswa di IPT negara kita ini. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.
4 comments:
mahasiswa patut dapat kebebasan untuk berpolitik. mahasiswa hari ini sudah semakin matang..
Terima Kasih Datuk Saifudin..
Students is the agent of change. This matter should be done a long time ago. Our recent leader all came from various university all over the country. That should be an good example for this matter..
salam.......
bagi saya penglibatan pelajar dalam aktiviti politik, mempunyai pro n kontranya. sy bersetuju mengenai pandangan admin yang mengatakan. setiap penglibatan yang dilakukan oleh mahasiswa perlu mendapat kebenaran vc. kerna pelajar perlu dikawal. dengan tiada kwalan pelajar akan bebas dan mengabaikan pelajaran. Serta akan menjatuhkan imej universiti. Namun begitu tindakan ini seharusnya diperhalusi terlebih dahulu sblm dilaksanakan. antara kebaikannya ialah pelajar mendapat pendedahan awal mengenai politik, kerana kebanyakan golongan belia tidak begitu mempunyai kesedaran mengenai poltik, disebabkan itu mereka tidak merasakan tanggungjwab untuk melibatkan dri dalam politik. Hal ini mungkin kita dapat lihat dalam situasi piliharaya lepas, 4.9 juta rakyat malaysia tidak mendaftar sebagai pengundi dan 80% drpnya adalah golongan belia.. alasan malas dan sibuk belajar tidak boleh diterima sama sekali..semua ni berpunca drp kurangnya pendedahan belia dalam politik........
tq.....
bdk2 student ni jgn dijadikan alat oleh parti politik suda la...
bila kene sogok dgn mcm2 mngkin bdk2 student ni lupa dh tujuan asal..
tp bagus la kalo jd pon..pasni phimpunan agong parti makin meriah la..hehehehe..
just my 2cent..
Post a Comment