Pada Jumaat, 15 Januari 2010, satu notis telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Pemilihan Siswa (MPS) berkaitan dengan pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar USM Sidang 2008/2009. Dengan keluarnya notis itu, maka MPPUSM di bawah kepimpinan Sdra Shafiq Abd Aziz telah dibubarkan secara rasminya pada tarikh tersebut.
Setelah berkhidmat kepada mahasiswa/i selama setahun, Sdra Shafiq dan rakan-rakan di MPPUSM telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan pembaharuan di dalam menjaga kebajikan dan keperluan mahasiswa/i di Kampus. Kini tiba masanya untuk mahasiswa USM memilih kepimpinan baru MPPUSM bagi Sidang 2009/2010.
Antara perkara yang telah MPPUSM 2008/2010 perjuangkan adalah untuk memastikan Parlimen Mahasiswa menjadi suatu kenyataan di USM. Kertas Kerja yang dihantar oleh Sdra Shafiq kepada pihak KPT telah diterima oleh Timb Menteri dan pihak KPT amat mengalu-alukan usaha siswa siswi ini dalam memastikan suara mahasiswa diterima pakai di peringkat kebangsaan.
USM Daily mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sdra Shafiq dan rakan-rakan atas pengorbanan dan perjuangan mereka dalam memastikan kebajikan dan taraf mahasiswa diiktiaf di peringkat tertinggi. Semoga segala jasa bakti yang dicurahkan akan mendapat manfaat dan keberkatan dari Yang Maha Esa.
2 comments:
kau ni bercakap cam pandai... dah ler hep bubar majlis mpp senyap.....
bodoh.. bengap....
apa cerita lu bro nak marah2 ni??takkan la hepp bubar mpp nak umum dalam radio n tv!!
Post a Comment