31 March 2009

Sejarah di Dua Bukit dan Satu Batang


29 Mac 2009 mencatat sejarah dalam proses demokrasi negara yang aman dan sejahtera, Malaysia ini kerana tiga pilihanraya kecil berlansung di DUN Bukit Selambau, Parlimen Bukit Gantang dan Parlimen Batang Ai. Proses penamaan calon di ketiga-tiga kawasan Pilihanraya Kecil masing-masing mencatat sejarah tersendiri.

Di DUN Bukit Selambau, seramai 15 orang menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon ADUN Bukit Selambau. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berjaya menyelesaikan proses penamaan calon bagi 15 calon yang hadir hanya dalam masa 45 minit sahaja. Ini menunjukkan kecekapan pihak SPR yang sentiasa dipersoal oleh pelbagai pihak. Suasana kempen bagi 15 calon ini juga melambangkan kesuburan dan kebebasan dalam demokrasi yang ada dalam negara ini. Namun ada juga pihak yang mengatakan, ada antara 15 calon yang bertanding di DUN Bukit Selambau mengambil kesempatan di atas kebebasan demokrasi hanya untuk kepentingan peribadi sahaja. Mereka bertanding hanya kerana rasa tidak puas hati kepada kerajaan negeri sedia ada yang terdiri daripada Kerajaan Pakatan Rakyat.

Di Parlimen Bukit Gantang juga turut mewarnai sejarah pilihanraya negara. Datuk Seri Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak menawarkan diri untuk menentang calon Barisan Nasional dan calon Bebas. Isu kepimpinan yang sering menjadi bualan masyarakat mungkin akan menjadi modal utama untuk meraih undi simpati oleh bekas Menteri Besar Perak ini. Malah beliau juga telah mengakui bahawa jawatan Menteri Besar telah menjadi cerita lama atau sejarah. Calon BN yang bertanding meyakinkan para pengundi untuk membawa semula kemajuan ke kawasan Parlimen Bukit Gantang manakala calon Bebas yangh memilih logo Payung sebagai logo undi turut menawarkan isu perpaduan sebagai modal untuk berkempen.

Walau apa pun modal kempen yang dibawa oleh setiap calon, para pengundi haruslah bijak untuk memilih calon yang terbaik sebagai peminpin mereka. Gunakan pertimbangan moral yang seimbang tanpa ada gangguan emosi yang mempengaruhi keputusan untuk memangkah pada 7 April ini. USM Daily mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon ang menawarkan diri dan selamat mengundi kepada semua para pengundi di kawasan yang terlibat.

30 March 2009

Penyelidik USM diiktiraf


KUALA LUMPUR 25 Mac - Tiga tokoh wanita menerima Anugerah Khas Pingat Emas Pergerakan Wanita UMNO sempena Perhimpunan Agung ke-59 parti itu di sini hari ini.
Tokoh-tokoh tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Asma Ismail; saintis serta ahli akademik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr. Halimaton Hamdan dan Ketua Pengarah Suruhanjaya Sosial dan Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia Pasifik (UNESCAP), Ir. Dr. Salmah Zakaria.
Dr. Asma dan Dr. Halimaton menerima anugerah masing-masing daripada Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz manakala Dr. Salmah yang tidak dapat hadir diwakili oleh anaknya.
Asma yang memulakan kerjayanya sebagai pensyarah USM pada 1986 juga seorang profesor di Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (Informm) USM.
Beliau yang merupakan seorang pakar molekular biologi telah berjaya melakukan penemuan antigen spesifik bakteria Salmonella Typhi dan membangunkan kit diagnostik segera bagi penyakit demam kepialu yang dikomersialkan di lebih 18 buah negara sejak tahun 1994.
Sementara itu, Halimaton pula merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Profesor di UTM.
Beliau yang menerajui kajian zeolite dan nanostructures telah disenaraikan oleh International Biographical Center di Cambrige, United Kingdom sebagai salah seorang daripada 1,000 saintis cemerlang bagi tahun 2008/09.
Salah satu produk hasil kajian Dr. Halimaton iaitu maerogel (bahan nano paling ringan dan penebat haba terbaik) berjaya dipatenkan di negara ini dan di 22 buah negara lain.
Seorang lagi penerima anugerah khas, Salmah yang telah berkhidmat selama 31 tahun dalam perkhidmatan awam kini bertugas dengan UNESCAP di Bangkok, Thailand.
Beliau merupakan pakar dalam bidang pengurusan air dan terbabit secara aktif dalam usaha menangani impak negatif banjir serta pencemaran akibat pembangunan pesat yang tidak terkawal.
Dalam pada itu, seramai 16 wanita muda yang cemerlang dalam pendidikan menerima anugerah pingat emas.
Mereka terdiri daripada siswazah UTM, Nooratiqah Mohd. Arif; siswazah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Syirzatul Azwa Karim; siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Siti Khairiyah Sejo; siswazah Universiti Putra Malaysia (UPM), Aini Marina Ma'arof; siswazah Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Azliana Abu Bakar Sajak; siswazah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Rita Maizura Mohamed; siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Iznny Ismail dan siswazah Universiti Tun Hussein Onn, Liyana Mahat.
Penerima lain ialah siswazah Universiti Malaya (UM), Jeissy Lim; siswazah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem), Nur Zawani Saharuddin; siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Fauziah Hassan; siswazah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Nurul Mubinah Suhaimi; siswazah Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Farah Farhana Zainal; siswazah Universiti Utara Malaysia (UUM), Nor Ana Nordin; siswazah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Leydra Philip Felix dan siswazah USM, Nor Airin Muhammad Aidil Koay.

13 March 2009

Bajet Mini : Peluang Bertambah untuk Graduan


Dalam pembentangan Bajet Mini yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah memberi ransangan RM 60billion kepada seluruh rakyat Malaysia. Golongan pekerja yang diberhentikan kerja dan graduan yang menganggur turut mendapat perhatian serius dari kerajaan. Graduan khususnya mendapat lebih banyak peluang untuk meneruskan kehidupan dalam kemelesetan ekonomi. Antara ransangan yang diberikan oleh kerajaan ialah :
  • 13 000 peluang pekerjaan secara lantikan khidmat singkat di agensi-agensi kerajaan dengan gaji minimum RM1200 sebulan.
  • Hampir kira-kira 1000 siswazah akan dilantik sebagai guru sandaran dengan gaji RM 2000 sebulan.
  • Kira-kira 800 orang pekerja kontrak akan dilantik di bawah Program CARI (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).
  • Menampung kos yuran pengajian dan bahan penyelidikan untuk siswazah yang melanjutkan pengajian peringkat PhD sebanyak RM 20 000.
  • RM 10 000 untuk menampung pengajian peringkat sarjana.
  • Sebanyak 400 tempat untuk siswazah mengembangkan perniagaan dan keusahawanan di bawah Skim PROSPER (PUNB) dengan pembiayaan pinjaman antara RM 5000 - RM50 000 secara syariah.
Banyak perkara yang melibatkan siswazah dalam menjamin kestabilan ekonomi diri siswazah itu sendiri dan negara amnya. Hanya diri siswazah itu sendiri yang akan menentukan keberkesanan pakej ransangan yang dibuat oleh kerajaan.