29 December 2009

Selamat Kembali Ke Kampus


Selamat kembali ke kampus kepada seluruh warga USM. Semester kedua yang akan bermula pada 28 Disember 2009 dan akan berakhir pada 8 Mei 2010 pastinya akan memberi lebih cabaran kepada siswa/i semua. Cabaran dari segi akademik dan kehidupan sebagai siswa/i.

Beberapa hari lagi tahun 2009 akan melabuhkan tirainya. Pelbagai peristiwa suka duka, kejayaan, kesedihan dan kenangan pahit manis yang telah kita lalui sepanjang tahun 2009. Tahun 2010 yang bakal menjelma diharap akan dimulakan dengan azam dan semangat yang lebih bertenaga supaya kita mampu menjadi insan yang lebih holistik.

28 November 2009

Politik Persepsi Di Kampus

Oleh Rizuan MH

Tiga pemain utama politik kampus di USM ketika ini ialah Pro-Aspirasi, PMI dan SPF. SPF atau Student Progressive Front adalah cabang politik kepada Persatuan Bahasa Tionghua atau PBT, dan bersama-sama dengan PMI serta beberapa lagi pertubuhan, mereka telah membentuk satu pakatan yang dinamakan sebagai Pro-Mahasiswa. Matlamatnya adalah untuk menentang secara langsung gerakan Pro-Aspirasi Universiti.

Persatuan Mahasiswa Islam atau PMI merupakan persatuan berdaftar yang sangat aktif di USM. Ia terorganisasi dengan baik dan sering menganjurkan pelbagai program untuk mahasiswa USM. Sebagai sebuah pertubuhan persaudaraan yang mementingkan dakwah dan tarbiyah, PMI dilihat sangat memberi pengaruh dalam pakatan Pro-Mahasiswa. Namun begitu, pengaruh yang dibina tersebut seolah-olah terbatas dalam kalangan pelajar Melayu Islam saja. Hal ini turut disedari oleh rakan-rakan dalam pakatan Pro-Mahasiswa sendiri.

Situasi ini berbeza jika dibandingkan dengan peranan yang dimainkan oleh SPF. Sejak akhir-akhir ini, SPF kelihatan begitu agresif menjalankan kempen memburuk-burukkan kem Pro-Aspirasi Universiti yang menjadi pilihan mahasiswa USM sejak sekian lama. Beberapa siri artikel, flyers, poster dan sebagainya lagi lebih banyak menonjolkan imej SPF sebagai dominator dalam Pro-Mahasiswa. Ia sekali gus membuktikan laungan amaran kononnya mereka akan merampas tampuk kepimpinan MPP bukan satu perkara yang boleh dianggap mudah oleh Pro-Aspirasi.

Hal yang sama juga dilaungkan oleh pihak PMI. Menurut sumber yang diperoleh daripada orang kuat PMI sendiri, persatuan tersebut akan melancarkan gelombang besar dalam kempen pilihan raya kampus kelak. Sama ada ia sudah bermula atau pun tidak, jelas ia juga adalah satu amaran awal kepada jentera Pro-Aspirasi. Mereka juga memberikan keyakinan kepada mahasiswa USM bahawa PMI akan menguasai majoriti MPP sidang hadapan. Persoalannya, kenapa wujud dua kenyataan yang berbeza daripada Pro-Mahasiswa? Siapakah yang lebih menguasai pakatan tersebut?

Hal ini juga menjadi tanda-tanya dalam kalangan penyokong Pro-Mahasiswa sendiri. Dalam edaran artikel, flyers, poster dan sebagainya yang dibuat oleh Pro-Mahasiswa sejak akhir-akhir ini, hanya identiti SPF sahaja yang ditonjolkan atau dicetak. Ia berbeza sama sekali dengan strategi yang digunakan dalam kempen-kempen sebelum ini dimana nama-nama persatuan yang berada di bawah pakatan Pro-Mahasiswa akan dicetak bersama dimulai dengan PMI, SPF dan seterusnya. Persoalan yang diajukan ialah, apakah strategi yang digunakan dan adakah ia berkesan?

Sumber daripada MPP juga menyatakan perwakilan pelajar daripada Pro-Mahasiswa ketika ini gagal berfungsi dengan baik seperti mana yang dilaung-laungkan semasa kempen dahulu. Tidak ada suara daripada Pro-Mahasiswa yang diketengahkan melalui MPP sebaliknya sebarang isu lebih banyak dikepalai oleh persatuan-persatuan dinaungi mereka sendiri. Perwakilan pelajar daripada SPF pula langsung tiada kerana calon mereka telah ditolak dalam pilihan raya yang lalu. Justeru adakah perwakilan pelajar daripada PMI dalam MPP telah mengecewakan pihak SPF sehingga menyebabkan mereka mula bergerak sendirian dalam kempen kali ini?

Semua ini sudah pasti akan menimbulkan lebih banyak persoalan. Ketika ini sudah kedengaran suara-suara yang mempertikaikan peranan ‘Pro’- Mahasiswa. Adakah mereka benar-benar menyokong suara mahasiswa atau lebih banyak mencedok modus operandi kempen pihak pembangkang untuk diimplimentasikan dalam pilihan raya kampus? Adakah mereka hanya gemar menaburkan janji sahaja kepada mahasiswa sedangkan langkah konkrit yang diharapkan langsung tiada dalam kepala mereka? Adakah kelibat Pro-Mahasiswa hanya wujud sewaktu kempen pilihan raya sahaja dan hilang lenyap selepas pilihan raya berlalu?

Ia sama sekali berbeza dengan Pro-Aspirasi yang sentiasa bersama dengan pelajar dan universiti. Penglibatan para pelajar dalam aktiviti yang dijalankan oleh universiti telah membuktikan bahawa gerakan aspirasi yang bukan berstatus persatuan atau pertubuhan adalah lebih fleksibel, praktikal dan mesra kampus. Hal ini secara tidak langsung berjaya menangkis pandangan bahawa aspirasi adalah kelompok pelajar elit yang sombong dan tidak mesra dengan para pelajar lain. Mahasiswa USM juga semakin terbuka dengan dasar universiti yang sentiasa memerlukan sokongan daripada para pelajar dalam setiap aktiviti yang diadakan. Dalam hal ini, Pro-Aspirasi sentiasa ke hadapan dalam mengepalai peranan mahasiswa USM.

Sebagai contoh, program Perkampungan 1Siswa 1Malaysia yang diadakan baru-baru ini adalah salah satu manifestasi langsung terhadap semangat cintakan universiti seperti yang didokong oleh Pro-Aspirasi selama ini. Melalui program tersebut, peranan mahasiswa telah dioptimumkan seiring dengan semangat patriotisme sekali gus menjadi wadah kepada para pelajar yang terlibat untuk menyumbang sesuatu kepada universiti. Sebahagian besar tenaga penggerak program tersebut adalah mereka yang sentiasa mendokong aspirasi universiti, yang sentiasa melebihkan tindakan berbanding bercakap kosong. Begitu juga dengan beberapa lagi program yang diadakan termasuk Kempen Dua Jam Tanpa Kenderaan Bermotor dan sebagainya.

Malangnya, sewaktu acara-acara ini diadakan, terdapat cakap-cakap daripada pihak Pro-Mahasiswa sendiri yang cuba mempertikaikan motif penganjurannya. Mereka mendakwa wujud pembaziran yang melampau, penuh hiburan yang melalaikan serta tidak mencerminkan minda APEX dalam kalangan mahasiswa USM. Pelbagai lagi tuduhan dilontarkan. Apa yang dikesalkan ialah, semua tuduhan tersebut kedengaran selepas acara diadakan. Mereka menuduh tanpa mengemukakan sebarang langkah atau cadangan pembaikan yang boleh dikongsikan. Semua ini seolah-olah membenarkan hakikat betapa Pro-Mahasiswa hanya tahu membangkang terhadap segala usaha universiti dalam menggalakkan penglibatan mahasiswa dalam setiap aktiviti yang diadakan. Kenapa mereka tidak membangkang ketika di peringkat awal perancangan lagi? Kenapa tidak digunakan medium MPP untuk membangkang?

Justeru, setiap mahasiswa seharusnya berlaku adil dalam menyatakan pendirian masing-masing. Harus diingat, tidak semua yang kita buat itu betul dan tidak semua yang orang lain buat itu tidak betul. Jadilah pembangkang yang adil terhadap diri sendiri terlebih dahulu sebelum membangkang hak orang lain. Tidak baik pada anda tidak bermakna buruk juga pada orang lain. Ia hanya persepsi. Yang penting ialah keterlibatan.

Dipetik dari http://mataharisayang.blogspot.com/

27 November 2009

Apa Erti Pengorbanan

Setiap kali tibanya 10 Zulhijjah, seluruh umat Islam seluruh dunia akan meraikan dan mengingati segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh umat Islam terdahulu. Hari ini, definisi pengorbanan boleh ditafsirkan dalam pelbagai makna dan pengertian.

Berkorban untuk diri, agama, bangsa dan negara. Sejauh manakah anda sanggup bekorban untuk diri agama, agama, bangsa dan negara?? Anak muda hari ini, termasuklah mahasiswa hanya asyik bertanya apakah yang negara sumbangkan kepada diri berbanding apakah sumbangan diri kepada negara?

Antara diri, agama, negara dan bangsa yang mana anda sanggup berkorban mempertahankannya??

26 November 2009

Bila Cacing Mula Kepanasan

Pakatan Rakyat (PR) di Selangor telah mula bertindak seperti cacing yang kepanasan kerana tidak selesa dengan apa yang telah berlaku mereka. Biro Tatanegara kali ini dipersalahkan kerana mereka melihat BTN adalah satu badan yang menekankan semangat perkauman di kalangan rakyat Selangor. Justeru kepimpinan Khalid Ibrahim, mengisytihakan adalah haram untuk rakyat Selangor untuk menyertai kursus atau program anjuran BTN. Tapi bila larangan menyertai program BTN dikuatkuasa, maka timbul pula satu mekanisme baru oleh kerajaan PR iaitu dengan memperkenalkan kursus spiritual, physical, intelectual, emotional and social (SPIES) kepada setiap entiti di bawah kuasa kerajaan negeri.

Kewujudan SPIES yang di kelolakan oleh YB Dr. Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Modal Insan Selangor ini, sememangnya adalah jelas sebagai wadah untuk kerajaan PR counterback apa yang telah BTN laksanakan kepada golongan muda yang sudah mula sedar akan kepentingan negara dan bangsa mereka. SPIES ini hanyalah topeng kepada propaganda yang akan disebarkan oleh PR yang semakin hilang pengaruh dikalangan rakyat.

Terdapat hampir 30 lebih konsultan (rujuk di sini)yang terlibat dalam melaksanakan SPIES ini, dimana rata-rata konsultan yang terlibat adalah kipas susah mati kerajaan PR yang bijak untuk mengaut duit rakyat dari kerajaan PR. Mungkin ada di antara 30 konsultan yang terlibat dimiliki oleh orang berkepentingan di dalam kerajaan PR yang hanya megambil keuntungan berlipat ganda dari program ini.

Kursus atau program anjuran BTN telah diharamkan kepada semua entiti milik kerajaan negeri. UD merasakan pengharaman ini adalah umpama kisah di Iraq. Rakyat Iraq melaung-laung kegembiraan apabila Saddam Hussin di tumpaskan tanpa sedikit pun menyedari bahawa kemenangan mereka yang di kawal oleh Amerika adalah pembuka jalan kepada penjajahan ekonomi, sosial, pendidikan dan politik negara mereka. Kini Iraq kucar kacir akibat tangan mereka sendiri.

25 November 2009

Selamat Bercuti dan Salam Aidiladha

Cuti Semester 1 bagi sidang ini telah pun bermula selepas berakhirnya final exam. USM Daily (UD) rasa ramai yang lega hati apabila masing-masing sudah selesai mengharungi suka duka menjawab kertas soalan yang agak mencabar. Bagi pelajar Tahun Satu, ini adalah peperiksaan kali pertama mereka di Menara Ilmu ini. Pastinya cabaran batch pertama membawa pelajar berstatus Apex Universiti lebih lagi berbandimng pelajar senior.

Rata-rata sekeliling kampus mulai beransur-ansur sunyi kerana pelajar mula balik ke kampung untuk bercuti dan menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga tercinta. UD doakan semuanya selamat sampai ke kampung dan Selamat Hari Raya Aidiladha dari kami di UD. Cuma ada UD melihat beberapa orang pelajar yang masih ada di kampus menyelesaikan tugasan masing-masing.

Cuti bukan alasan untuk setiap pelajar hanya pulang ke kampung. UD lihat ada beberapa Majlis Penghuni Desasiswa (MPD) yang mula sibuk untuk persiapan Baktisiswa Perdana di Pahang bulan Disember ini. Pengalaman berbaktisiswa di kawasan orang mungkin boleh memberi nilai tambah kepada diri para pelajar. Ada juga pelbagai program yang UD dengar dianjurkan sepanjang cuti ini.

Ada juga risik-risik yang UD perolehi, pihak-pihak yang akan terlibat dalam Pilihanraya Kampus akan datang ini mula mengatur strategi masing-masing untuk bertempur dalam PRK nanti. Ada adik-adik Tahun Satu yang telah dilamar untuk menjadi calon bagi pihak tertentu bagi menghadapi PRK ini. Apapun MPP USM di bawah pimpinan Sdr. Shafiq akan tamat tempoh matang memerintah dalam bulan Januari akan datang telah memberi perkhidmatan mereka yang terbaik sepanjang sidang.

16 November 2009

Gendang Di Palu

Gendang peperangan Pilihanraya Kampus (PRK) sudah mula kedengaran di penghujung minggu peperiksaan ini. Lazimnya PRK akan berlangsung apabila Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), setelah memenuhi tempoh setahun memegang jawatan sebagai MPP. Banyak suara-suara antara yang positif dan negatif mula kedengaran tentang baik dan buruknya MPP sidang ini.

Di laman blog Yang di Pertua MPP, Sdra Shafiq Abd Aziz, beliau pun sendiri telah mengakui bahawa suasana PRK telah mula dirasai. Anda boleh ikuti artikel beliau di blog rasmi beliau. Saya tertarik dengan beberapa komen yang terdapat dalama blog tersebut.

Ada antara komen yang mengucapkan terima kasih kepada Sdra Shafiq di atas kepimpinan beliau dalam MPPUSM dan tidak ketinggalan juga ada yang memberi kritikan. Salah satu kritikan yang saya tertarik adalah berkaitan dengan pangabaian menerapkan nilai-nilai Keislaman dalam program anjuran MPPUSM.

Dari 37 kerusi MPPUSM di ketiga-tiga kampus, 25 kerusi di Kampus Induk, 3 kerusi telah dimenangi oleh pelajar dari Pro Mahasiswa. Di awal pembentukan MPP, muka tiga orang MPP Pro M ini masih boleh dilihat menghadiri mesyuarat dan program yang melibatkan MPP. Namun ditengah-tengah tampuk pemerintahan MPP sidang 2009/2010 ini berlansung, individu-individu pejuang kuat Pro M ini mula menghilangkan diri.

Seperti yang kita tahu, kalangan Pro M ini adalah dari kumpulan pelajar yang Islamik. USM Daily (UD) bukan hendak melabel yang Pro M ini Islamik dan Pro Aspirasi itu tidak Islamik lansung. Cuma UD ingin memberi fakta ini untuk para pembaca membuat tafsiran sendiri.

Jika geng dari Pro M ini, tidak datang mesyuarat, tidak datang program anjuran MPP, anda rasa bagaimana hendak meminta pendapat mereka jika mereka tidak hadir?? Tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pelajar yang memilih mereka tidak dilaksanakan. Itulah sebabnya, hanya pelajar yang menyokong mereka sahaja yang banyak mengkritik dan komen MPP kerana kehendak mereka tidak ditunaikan kerana pemimpin pilihan mereka tidak datang melaksanakan tanggungjawab.

Sebenarnya apa yang UD hendak sampaikan di sini ialah dari Blog Shafiq, ada antara insan yang komen dengan panjang lebar di situ sebenarnya adalah untuk mempromosi dirinya untuk menjadi calon MPP sidang akan datang. Tak lebih dari itu dia menonjolkan dirinya.

09 November 2009

Kerana Nila Setitik


Kemeriahan final Piala Malaysia sememangnya umpama satu pesta yang sangat menarik. Pertembungan antara Kelantan dan Negeri Sembilan yang kemenangannya berpihak kepada Negeri Sembilan amat mengecewakan. Mutu permainan dalam aksi final itu sangat rendah jika dibanding dengan perlawanan kedua-dua pasukan di peringkat separuh akhir.

USM Daily (UD) yang hanya menonton dari kaca TV di sebuah kedai Tom Yam sedikit sebanyak dapat merasai suasana seperti di Stadium Nasional kerana ketika itu dikelilingi dengan penyokong Wira Merah yang agak ramai. Masing-masing hampir tidak boleh duduk diam melihat aksi di kaca TV. USM Daily merasa kagum dengan semangat yang mereka tunjukkan walaupun hanya menyokong dari jauh.

Namun selepas jaringan penalti oleh Zaquan, suasana di kalangan penyokong skuad Wira Merah mula berlainan. Dapat dilihat di kaca TV ada yang mula pulang dan lebih teruk lagi memulakan tindakan provokasi dengan membakar mercun dan membaling pelbagai objek ke padang. UD yang menonton beratus kilometer jauh ni pun cukup terganggu fokus untuk terus melihat perlawanan ini. Amat memalukan tindakan yang dilakukan oleh penyokong Kelantan.

"Sebaik perlawanan tamat, ada orang tanya saya, kenapa selama 21 tahun Kelantan digelar 'Serambi Mekah', tetapi akhlak golongan mudanya masih seperti ini."- Utusan Malaysia (9/10/09). Ini adalah persoalan yang dinyatakan oleh YB Ibrahim Ali. Dimana hilangnya nilai adab kesopanan orang Timur yang penuh dengan rasa hormat??Hanya kerana sikap segelintir warga Cik Siti Wan Kembang ini, maka rosak semangat dan rasa hormat kepada mereka.

Itu reaksi penyokong skuad Wira Merah setelah pasukan mereka kalah. UD ada dengar dari seorang penyokong Kelantan di kedai UD makan itu, "Kelantan kalo menang pun agaknya lagi kech Bukit Jalil tu.Mungkin boleh berarak dan konvoi sampai KLCC meraikan kemenangan". Menang pun akan kecoh dan kalah lagilah kecoh. Sebelum perlawanan bermula pun, penyokong Kelantan sudah kecoh dengan merempuh masuk ke dalam Stadium. Susah sangat ke mengikut peraturan?? Tak kemana bola tu nak pegi. Kan bagus jika semangat terburu-buru ini dibawa dalam semangat untuk beribadah dan menuntut ilmu.

Niat UD menulis tentang perkara ini bukan kerana UD tidak suka orang Kelantan, tapi cuma sedih kerana Kelantan yang Membangun Bersama Islam ini tidak menunjukkan nilai-nilai yang baik kepada masyarakat. Bayangkan berapa ramai anak kecil yang turut menonton siaran lansung perlawanan itu?Itu bukan contoh yang terbaik kepada mereka. Renung-renungkanlah. Berfikir dahulu sebelum bertindak. Kita bukan seperti orang Barat yang mengamalkan cara hidup semacam itu.

Motivasi DIRI melalui RASA PERCAYA DIRI

Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.

Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus "menanamkan input" saya tidak mampu - dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu.

Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam.

1. Hindari Mencari-Cari Alasan

Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan samasekali salah. Seperti :
- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab...
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua
- Saya masih terlalu muda, dll

Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan -- apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.

2. Gunakan Daya Imajinasi

Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. JIka anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnis, pemikiran itu pada gilirannya akan mengakar dalam diri anda.

Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.

3. Jangan Takut Gagal

Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.

4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri

Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.

5. Susunlah Catitan Mengenai Sukses Yang Diperoleh

Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan "Bean Bag" atas kepala atau berlari dengan memakai guni "Sack Race". Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan. Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.

Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.

Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.

09 September 2009

Provokasi diulang-ulang





Apa sudah jadi dengan semangat sebangsa dan serumpun?Mula-mula Jalur Gemilang kecintaan rakyat negara ini dibakar oleh segolongan mahasiswa di Indonesia. Dengan alasan seni budaya mereka diciplak oleh rakyat negara ini membuatkan Jalur Gemilang "layak" dihanguskan oleh mereka yang digelar mahasiswa. Dimana hilangnya nilai kemanusiaan dikalangan mereka??


Hari ini sekali lagi mereka membuat provokasi kepada negara kita dengan membuat sekatan di jalan raya bagi memeriksa setiap kenderaan yang membawa warga Malaysia. Patutkah ini dilakukan oleh mereka?? Apakah tindakan yang patut kita lakukan?? Renung-renungkan wahai rakyat Malaysia amnya dan mahasiswa khususnya dengan tindakan ini.

03 September 2009

Tazkirah Ramadan.


Rasulullah SAW telah bersabda:


Maksudnya:

“Setiap amalan anak Adam akan diberi ganjaran dari sepuluh hinggalah tujuh ratus kali ganda.”

Firman Allah “Azza wa jalla’:

“Kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untukKu. Maka Akulah yang akan melimpah-ruahkan ganjarannya, dia rela meninggalkan keinginan syahwatnya dan makan minumnya semata-mata keranaKu. Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan:

Kegembiraan di kala berbuka dan berhari raya serta kegembiraan di kala bertemu dengan Tuhannya. Bau mulut orang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi ALLAH daripada keharuman bau kasturi.” (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Tentunya sekali pahala yang melimpah ruah ini tidaklah diperolehi hanya dengan menahan diri dengan berlapar dan dahaga sahaja, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW:

Maksudnya:

“Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta tetapi masih sahaja berbohong, maka ALLAH sama sekali tidak berhajat kepada puasanya, walaupun ia sama-sama berlapar dan dahaga.” (Hadith riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW telah bersabda:

Maksudnya:

“Puasa itu adalah perisai. Sekiranya seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia bercakap lucah, berbuat kefasikan dan kejahilan. Jika seseorang mencacinya, maka hendaklah ia menjawab: Aku sedang berpuasa.”(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu semasa kita berpuasa, hendaklah kita berpuasa juga pendengaran, penglihatan dan tutur kata. Janganlah sia-siakan pahala puasa kita.

30 August 2009

Salam Kemerdekaan Malaysia

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52 dengan tema Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Semoga sambutan kemerdekaan pada tahun ini di dalam bulan Ramadan memberi keberkatan dan rahmat kepada negara kita. Hargailah pengorbanan dan kesusahan golongan terdahulu dalam memperjuangkan dan membina negara Malaysia yang kita cintai ini. Salam kemerdekaan.

28 August 2009

Idris Jala dilantik Menteri tanpa portfolio


KUALA LUMPUR 27 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.

Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Najib berkata, beliau telah memaklumkan kepada Kabinet mengenai pelantikan itu pada Bengkel KPI Kabinet di Putrajaya, pagi ini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan dengan pelantikan itu, katanya.

Idris yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Malaysia Airlines (MAS) akan mengangkat sumpah sebagai senator pada tarikh yang ditetapkan kelak.

Sebagai CEO PEMANDU, organisasi yang akan mengawal pelaksanaan insiatif Indeks Prestasi Utama (KPI), Idris akan membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.

Tsu Koon akan meneruskan tugas beliau dalam memformulasi dan melaksanakan keseluruhan dasar dan strategi mengenai pengurusan prestasi serta transformasi organisasi dengan tumpuan khusus terhadap Bidang Hasil Utama Nasional (N-KRA).

Tsu Koon akan menjadi Pengerusi Lembaga PEMANDU yang termasuk antaranya, Ketua Setiausaha Negara dan pegawai kanan lain.

Idris sebaliknya akan menumpukan terhadap perkongsian kepakaran dan pengalaman di Shell dan MAS serta memacu pelaksanaan pengurusan prestasi dalam kerajaan Persekutuan.

Idris yang akan menjadi Timbalan Pengerusi Lembaga PEMANDU akan bertanggungjawab untuk sub khusus N-KRA dan KPI Nasional (N-KPI).

Beliau akan melapor kepada Tsu Koon mengenai isu-isu berkaitan KPI dan terus kepada Perdana Menteri mengenai tugas yang akan diberikan kepada beliau sebagai Menteri tanpa portfolio di JPM.

Menurut kenyataan itu, Lembaga Malaysia Airlines akan mengumumkan secara berasingan CEO dan pengarah urusan baru syarikat penerbangan itu.

Idris dilantik sebagai Pengarah Urusan dan CEO MAS pada Disember 2005, selepas syarikat itu mengalami kerugian paling besar dalam sejarah korporatnya.

Sebelum menyertai Malaysia Airlines, Idris berkhidmat selama 23 tahun dengan Shell. Antara 2002 dan 2005, Idris adalah Pengarah Urusan Shell MDS (Malaysia) dan Naib Presiden Shell Malaysia Gas & Power (Malaysia).

Antara 2000 dan 2002, Idris merupakan Naib Presiden Pemasaran Runcit, Shell International.

Beliau juga naib presiden perundingan pembangunan perniagaan di mana beliau mengetuai pasukan atasan perunding dalaman mengenai projek penambahbaikan perniagaan radikal, memperbaharui model perniagaan runcit global Shell bagi mencapai pertumbuhan menguntungkan.

Antara tahun 1998 dan 2000, Idris adalah Pengarah Urusan Shell Sri Lanka, di mana beliau membantu memulihkan perniagaan LPG Shell di Sri Lanka.

Idris memegang ijazah dari Universiti Sains Malaysia dan sarjana dari Warwick University, United Kingdom.

Sementara itu, semasa dihubungi Bernama susulan pelantikan beliau, Idris berkata: “Saya rasa terharu kerana diberi peluang ini dan akan melakukan yang terbaik untuk perubahan kepada negara.” – BERNAMA


USM Daily mengucapkan jutaan tahniah kepada Datuk Idris diatas pelantikan sebagai Menteri tersebut. Sesungguhnya pelantikan itu membuatkan seluruh warga kampus dan Alumni USM berasa bangga dengan keyakinan yang diberikan oleh kerajaan kepada beliau khasnya dan kepada USM umumnya. Diharap pelantikan beliau menjadi peransang kepada genarasi baru APEX Universiti ini untuk menjadi pelapis kepimpinan negara di masa hadapan. Tahniah dan selamat menjalankan tugas.

27 August 2009

Salam Ramadan


Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan ini. Pertingkatkan amalan dan perbanyakkan keinsafan diri di bulan yang mulia ini. Ikhlas dari warga USM Daily.

Pengundi muda: Kami masih ‘test drive’ PR

Permatang Pasir 26 Ogos08:12a.m│”Kami masih ‘test drive’ (uji pandu) PR (Pakatan Rakyat),” begitulah respon sejumlah anak muda di Permatang Pasir.

Respon rawak tersebut dibuat selepas beberapa jam keputusan pengundian Dun Permatang Pasir yang dimenangi oleh calon Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Mohd Salleh Man dengan 4,551 majoriti mengalahkan calon UMNO, Rohaizat Othman, dekat sini semalam.

pasir3Respon yang dipercayai memberikan petanda bahawa Pakatan Rakyat masih belum kukuh pada pandangan anak muda di negeri Pulau Mutiara berkenaan.

“PR mungkin (akan) rasa selesa dengan kemenangan berturut (-turut) ini, namun secara asas kami masih lagi buka peluang, bukan percaya ‘bulat-bulat’, ujar pemuda yang mahu dikenali sebagai Salman.

Dalam pada itu, terdapat juga respon bahawa pengundi muda DUN tersebut masih belum merasai sepenuhnya keberkesanan kepimpinan Pas mahupun Pakatan Rakyat walaupunkerusi panas kawasan tersebut juga disandang pada sesi yang lepas oleh calon Pas, Allahyarham Dato’ Mohd Hamdan Abdul Rahman.

pasir“Depa (mereka) kata tempat ni (P. Pasir) kubu kuat (Pas), tapi aura tu (itu) kami tak rasa lagi,(kemenangan) ini kami masih bagi chance (peluang),” respon beberapa pengundi muda.

Terdahulu, semalam semasa bercakap dihadapan ribuan penyokong parti politik tersebut, Naib Presiden PAS yang juga Pengarah pilihanraya ini, Datuk Mahfuz Omar, menganggap Umno semakin sukar memadamkan momentum perubahan rakyat bersama Pakatan sejak pilihanraya umum 8 Mac tahu lalu lagi.

Pilihanraya DUN Permatang Pasir menyaksikan daripada 14,832 atau 73.1% pengundi yang turun mengundi, Salleh memperoleh 9,618 undi, manakala Rohaizat mendapat 5,067 undi.-mahasiswakini


USM Daily - Golongan muda kini merupakan golongan yang boleh menjadi penentu kepada masa depan negara dari segi politik, ekonomi mahupun sosial. Mahasiswa kini perlu bijak dalam membuat keputusan kerana mahasiswa mampu mempengaruhi golongan yg lebih senior terutamanya penduduk di kampung. Mahasiswa mampu menjadi agen perubahan melalui kuasa yang ada yang telah ditetapkan oleh perlembagaan negara kita iaitu dengan mengundi. Tapi malangnya, ada segelintir mahasiswa yang tidak sedar dengan kuasa yang mereka ada. Maka dengan tidak kepekaan mahasiswa tentang kuasa yang ada pada diri mereka, ada yang terlibat dengan demonstrasi haram yang lansung tidak boleh mengubah arah tuju negara kita.

02 August 2009

Apa kelebihan dan keburukkan demonstrasi jalanan??

Dalam ketamadunan rakyat Malaysia yang semakin bijak dan rasional, masih ada segolongan rakyat yang masih mahu mengamalkan undang-undang rimba di dalam negara yang sedang membangun ini. Undang-undang rimba yang menekankan siapa yang kuat dari segi fizikal yang harus menguasai rimba. Jika berlaku perselisihan maka harus jahanamlah suasana hutan tersebut.

Disini saya ingin berkongsi secara rasional apakah kelebihan dan keburukan yang kita semua rakyat Malaysia perolehi dari demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh segolongan masyarakat yang "prihatin" dengan kemajuan negara.

KELEBIHAN
  1. Menzahirkan rasa prihatin dan tanggungjawab terhadap sesuatu isu.
  2. Mengeratkan hubungan sesama penunjuk perasaan
  3. Menonjolkan kuasa segolongan pemimpin yg mengambil kesempatan
  4. Dapat baju, sepanduk, mafla dan mungkin duit kopi percuma
  5. Memberi polis kerja di hujung minggu
  6. Membantu polis untuk mencuba peralatan kelengkapan senjata mereka
  7. Menarik ramai wartawan dari luar negara buat liputan di negara kita
  8. Penunjuk perasaan dapat mengisi masa lapang hujung minggu
KEBURUKAN
  1. Menjatuhkan maruah dan kedaulatan negara.
  2. Mencabul hak demokrasi rakyat jelata
  3. Menganggu keamanan negara
  4. Menyusahkan rakyat.
  5. Banyak perniagaan terpaksa ditutup
  6. Ramai pelancong luar negara lari
  7. Menyebabkan banyak kerosakan berlaku
  8. Meningkatkan kos operasi pentadbiran pasukan keselamatan negara
  9. Membuang masa
  10. Membuang duit rakyat.

Banyak lagi kelebihan dan keburukkan yang boileh disenaraikan dari demonstrasi jalanan ini. Sama-samalah kita renungkan kerana 52 tahun kita merdeka menunjukkan kematangan dan kredebiliti negara ini.

27 July 2009

Nasib Melayu di bumi Melayu

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.


Penulis adalah :-

Dr. Mohd Ridhuan Tee

Penulis ialah Pensyarah Kanan,

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.


Dipetik dari www.utusan.com.my

30 June 2009

Maimunah Ibrahim (kiri) bersalaman dengan Khu Li Huang (berkerusi roda), sambil diperhatikan oleh ibunya, Ewe See Moi dan pelajar warga emas dan Pengerusi Lembaga Pengarah usm, Tan Sri Dr. Ani Arope (tengah) selepas sambutan Siswa Lestari Kemasukan Sesi 2009-2010 di USM, semalam.

Kemudahan yang disediakan untuk orang kurang upaya (OKU) di Universiti Sains Malaysia (USM), membuatkan golongan itu memilih meneruskan pengajian
di universiti berkenaan.


Ia tidak terkecuali bagi Khu Li Huang, 26, yang memilih jurusan Sains Kemasyarakatan, walaupun keadaan dirinya yang lumpuh seluruh anggota badan.


Selainnya, dua lagi pelajar OKU iaitu Badrul Hisyam Mokhtar, 22, dan Chang Fah Lee, 20 dan enam lagi warga emas iaitu Maimunah Ibrahim, 61, Tan Chin Huat, 55, Au Yong Mee Yan, 54, Lim Ai Choo, 56, Ismail Omar, 53, dan Abdul Hadi Baba, 51, turut mendaftar di universiti berkenaan, semalam.


Lumpuh bukan penghalang ke IPT

TIMBALAN Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar USM, Prof. Omar Osman bertanya sesuatu kepada Li Huang sambil diperhatikan ibunya, Ewe See Moi di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Bergelar sebagai orang kurang upaya (OKU) tidak semestinya akan sentiasa berhadapan dengan masa depan yang suram.
Ini dibuktikan oleh Khu Li Huang, 26, yang lumpuh anggota badan untuk turut bersaing dengan lebih 3,000 pelajar baru Universiti Sains Malaysia (USM) bagi sesi baru pengajian 2009/2010 di sini.


"Saya ada mendapat tawaran daripada institusi pengajian tinggi swasta yang lain tetapi terpaksa menolak kerana di sana tiada kemudahan untuk golongan OKU seperti saya," katanya selepas majlis angkat sumpah Sambutan Siswa Lestari di Dewan Tuanku Syed Putra, USM, semalam.


Li Huang yang akan mengikuti pengajian Sains Kemasyarakatan berkata, dia amat berpuas hati dengan kelengkapan OKU di USM khususnya kemudahan seperti tandas, laluan OKU dan asrama.


Dipetik dari www.kosmo.com.my

25 June 2009

Orang Gagal Tak Suka Dengar Cerita Orang Berjaya

Orang gagal tak suka dengar cerita orang berjaya kerana dia akan iri hati. Dia tak suka dengar kerana cerita-cerita sebegitu seperti satu sindiran pedas buat dirinya. Sebab itulah orang gagal lebih suka berkawan dengan orang gagal juga. Kesannya, akan bertambah-tambah gagal dia kerana masuk ke komuniti orang-orang gagal.

Jika ada orang seperti di atas, Anda kena berubah. Kita dalam hidup ni kena berjaya. Sebagai orang Melayu dan beragama Islam pula, sepatutnya kita mempunyai keinginan kuat nak berjaya kerana laungan azan mengajak kita ke arah kejayaan. Bukan sekali kita dengar laungan azan tu tapi lima kali berturut-turut dalam sehari, 365 hari dalam setahun sepanjang Anda hidup. Kita kena capai kejayaan dalam pelajaran, kerjaya, perniagaan, kekeluargaan dan kewangan.

Kejayaan yang kita capai akan menjadi pendorong pada orang-orang di sekeliling kita supaya mereka turut mahu menjadi orang berjaya. Agama kita menyuruh kita berjaya, kerana dalam jangka masa panjang ia akan mengangkat ekonomi ummah kita ke tahap ekonomi berjaya. Lantas, kejayaan ekonomi akan meransang kejayaan dalaam pendidikan, politik, persekitaran dan kemanusiaan.

Jika Anda pernah jadi orang gagal, jangan biarkan diri Anda terperuk dalam kancah kegagalan. Lepaskan diri dari kegagalan dengan mula memfokus fikiran ke arah kejayaan. Fikirkan kejayaan, bayangkan kejayaan, bertindak menuju kejayaan. Lakukan 3 perkara itu dan secara automatik Anda akan mempunyai cetusan motivasi untuk lancar bergerak.

Hari ini Anda orang gagal. Esok, Anda kena berubah jadi orang cemerlang. Lusa, pastikan Anda jadi orang berjaya. Pilih untuk menjadi orang berjaya.


Artikel dari http://www.imotivasi.com/

Pesanan kepada mahasiswa


Oleh MOHAMMAD ISMAIL dan

SEJUMLAH 128,295 tempat untuk kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), politeknik dan kolej komuniti bagi sesi Julai 2009 ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Jumlah tersebut bersamaan dengan 32 peratus daripada sejumlah 400,996 permohonan bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda, program diploma dan sijil.

Ini bermakna 68 peratus atau 272,701 calon yang gagal mendapat tempat perlu mencari alternatif lain seperti kolej swasta atau mencuba nasib mencari pekerjaan.

Lazimnya dalam saat begini, ibu bapa adalah orang yang paling sibuk menguruskan persiapan anak-anak untuk mendaftar di universiti. Tiada kata yang boleh digambarkan mengenai betapa gembiranya mereka apabila mendapat surat tawaran kemasukan anak ke universiti. Kalau boleh mahu dicanangkan ke seluruh kampung atau daerah.

Begitulah gambaran perasaan gembira ibu bapa. Mereka sanggup bergolok-gadai malah sanggup menyewa kereta untuk menghantar anak-anak ke universiti.

Kebiasaannya di kampung-kampung atau di mana sahaja, ada diadakan juga majlis kesyukuran dan sembahyang hajat untuk menzahirkan kesyukuran. Namun dalam kegembiraan tersebut, kami sekadar ingin mengingatkan bakal mahasiswa di menara gading.

Sebagai bakal mahasiswa dan seorang anak, anda pastinya memikul tanggungjawab yang besar. Satu perkara yang perlu selalu bermain dikotak fikiran anda ialah mengimbangi antara matlamat diri, tanggungjawab dan amanah keluarga.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian apabila secara rasminya menjadi warga kampus yang akan dipanggil siswa dan siswi universiti ialah seperti berikut.

Utamakan cita-cita bukannya cinta

Walaupun cinta itu akan hadir dalam setiap diri manusia terutama golongan remaja, namun anda perlu ingat, apa yang perlu diutamakan. Jika kita mencapai cita-cita dengan kejayaan nescaya cinta juga akan dinikmati dalam masa yang sama atau bakal datang kepada anda.

Jangan kerana terlalu asyik berjumpa 'rakan baru', kita menjadi 'kelabu mata' sehingga lupa cita-cita yang menjadi matlamat asal.

Hapuskan sindrom backbenchers club

Satu sindrom yang menular di kalangan sebahagian pelajar universiti ialah berlumba-lumba datang awal ke kelas. Tetapi bukan untuk duduk di barisan depan sebaliknya berebut-rebut mengisi kerusi di belakang.

Jika anda ingin menumpukan perhatian kepada syarahan, rebutlah kesempatan untuk mengisi ruang di depan kerana penyampaian pensyarah akan dapat dicerap dengan lebih jelas dan tepat jika anda berada lebih hampir dengan beliau.

Jauhi perangai musang, siang mengantuk malam berjaga

Satu tabiat yang agak biasa di kalangan pelajar adalah bersembang dengan rakan-rakan sehingga lewat malam. Tidak cukup dengan itu terdapat juga segelintir yang menyambung tugas untuk 'berperang' atau 'mengatur strategi' dengan bermain permainan komputer.

Akibatnya pasti ada yang terbabas untuk mengikuti kelas di waktu pagi dan ada juga yang "mengangguk-angguk" ketika di dalam kelas. Bukan kerana faham apa yang diajar tetapi mengantuk.

Antara resipi kejayaan seseorang pelajar universiti adalah mereka yang dapat mengikuti setiap syarahan dengan baik dan juga dapat memberi tumpuan ketika di dalam kelas. Kajian menunjukkan pelajar yang berjaga malam gagal mendapat keputusan CGPA yang tinggi.

Sentiasa menjadi rider bukannya passenger

Satu fenomena sejak dulu lagi ialah setiap kali tugasan diberi untuk dibuat pembentangan dan laporan pasti ada yang mengelak. Ramai yang mahu mengambil jawatan sebagai 'penumpang'.

Sebagai mahasiswa alaf baru, fenomena ini perlu diubah kerana seseorang yang berjaya, berkarisma, berketerampilan adalah terdiri dari golongan mahasiswa yang sentiasa menjadi pemimpin atau rider dan bukannya passenger.

Untuk menjadi pemimpin yang hebat di masa depan kita mesti mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dan universiti adalah platform yang terbaik untuk mengasah kilauan bakat untuk membuktikan anda adalah pemimpin masa depan.

Bina hubungan positif dengan pensyarah dan rakan-rakan

Jika kita membaca dan mengkaji antara resipi kecemerlangan seseorang pelajar ialah sentiasa berbincang dengan rakan sekelas melalui kumpulan belajar. Sebaik-baiknya tidak melebihi lima orang.

Selain daripada itu perbincangan dengan pensyarah juga akan membantu kejayaan kerana pensyarah itulah yang akan memeriksa kertas jawapan peperiksaan.

Oleh itu penting untuk mengetahui dan menyelidik tentang kehendak sesuatu soalan serta cara menjawab. Anda tidak boleh menyusuri kampus seorang diri untuk berjaya sebaliknya perlu berbincang dengan rakan dan pensyarah.

Setelah menjalani kehidupan di kampus nanti jangan lupa sekali-sekala bertanya khabar ayah dan ibu. Jangan hanya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sekadar untuk meminta bantuan tambahan apabila poket hampir kosong. Sedikit pesanan di atas sekadar mengingatkan bakal mahasiswa agar anda tidak 'menghadiri konvokesyen' lebih awal daripada rakan-rakan seperti buah yang gugur sebelum waktunya.

Mengikut statistik, sejumlah 4,800 daripada jumlah kemasukan pelajar setiap tahun gagal menamatkan pengajian atau diberhentikan daripada IPTA sepanjang tempoh 2005 hingga 2008. Walaupun jumlah tersebut dianggap sedikit tetapi ia masih merupakan satu amaran yang jelas kepada anda semua bahawa ramai yang berkorban dan bergantung harap untuk memastikan kejayaan anda terutama ayah dan ibu, saudara-mara dan sahabat-handai.

Kegagalan anda juga merupakan satu kerugian yang besar kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Walaupun negara menghadapi krisis ekonomi namun kerajaan terus komited daripada segi penyediaan bantuan kewangan apabila sejumlah RM3 bilion diperuntukan menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Namun begitu, kita percaya dalam diri setiap bakal mahasiswa tidak terlintas akan istilah kegagalan. Bagaimanapun, sedikit kealpaan dan kelalaian akan menghanyutkan anda ke arus kekecewaan.

Seseorang pelajar yang menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di IPTA perlu bermuhasabah diri. Anda perlu menganggap bahawa tawaran tersebut biarpun mungkin bukan pilihan utama tetapi adalah peluang keemasan yang datang sekali seumur hidup.

Oleh kerana masih ramai yang gagal mendapat tempat, hargailah peluang tersebut dengan sebaik mungkin untuk mengangkat taraf hidup diri dan keluarga. Anda perlu sedar akan peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Untuk berjaya anda perlu bersedia untuk berkorban, menetapkan matlamat hidup yang jelas, pandai mengurus masa dan pandai membawa diri.

Ibarat pepatah Melayu "adat periuk berkerak, adat lesung berdedak". Untuk berjaya juga pelajar IPTA perlu tabah dan rajin. Jadilah sebagai seorang graduan nanti yang "dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi pepohon yang merendang dan dicampak ke angkasa menjadi bintang yang menyinar". Sekalung tahniah buat yang berjaya!

KEDUA-DUA PENULIS ialah pensyarah dan Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara, Perlis.

Dipetik dari www.utusan.com.my