06 December 2008

ASEAN University Games KL 2008


Padang Minden, 6 Dis - Sukan Universiti Asean 2008 kali ke 14 yang akan berlangsung pada 10-21 Dis adalah merupakan salah satu medan untuk mengumpulkan mahasiswa mahasiswi dari negara-negara ASEAN. Sukan menjadi medium bagi mengintegrasi dan memupuk semangat perpaduan di kalangan mahasiswa yang mempunyai corak dan gaya kehidupan yang pelbagai.

Sebanyak 22 jenis sukan yang akan dipertandingkan sepanjang kejohanan sukan ini. Kontinjen Malaysia selaku tuan rumah menghantar penyertaan terbesar seramai 400 orang diikuti kontinjen kedua terbesar ialah Thailand (306) diikuti Singapura (277), Indonesia (264), Filipina (163), Vietnam (125), Brunei (90), Timor Leste (61), Laos (26) dan Kemboja (10).

Veneu pertandingan yang akan berlangsung di sekitar IPT dan Kompleks Sukan sekitar Lembah Kelang. Selain penglibatan mahasiswa sebagai peserta kejohanan, peluang mahasiswa untuk menabur bakti juga dicurahkan dengan menjadi Sukarelawan kejohanan yang akan membantu sekretariat kejohanan.

Editor merasa bangga kerana Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar USM, Prof. Madya Dr. Omar Osman merupakan Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang menjadi tulang belakang kejohanan ini.

No comments: