30 December 2008
Semester Baru, Tahun Baru, MPP Baru
KAFE RESTU, 30 Dis - Kehangatan Pilihan Raya Kampus (PRK) untuk memilih pucuk pimpinan baru yang akan menerajui Majlis Perwakilan Pelajar USM (MPPUSM) makin terasa. Menurut cakap-cakap yang di dengari, pihak Suruhanjaya Majlis Pemilihan Siswa (MPS) akan mengeluarkan notis untuk pencalonan bagi MPPUSM.
Menurut cakap-cakap tersebut pihak KPT telah menetapkan tarikh akhir bagi PRK di IPT yang masih belum memilih MPP bagi sidang 2008/2009 adalah dalam pertengahan Januari 2009. MPPUSM 07/08 dibawah teraju Sdr. Muhamad Syukri akan secara automatiknya akan dibubar setelah pihak Suruhanjaya MPS mengeluarkan notis pencalonan MPP dalam Januari 2009.
Gendang dan kehangatan PRK di USM mulai terasa sejak September lagi kerana banyak pihak yang menjangkakan PRK akan berlansung dalam bulan September. Kelonggaran telah diberikan kepada pihak pengurusan Universiti kerana pelbagai perkara berlaku seperti bulan puasa dan peperiksaan.
Kemunculan Pro Mahasiswa yang dijangka menjadi wadah bagi perjuangan yang baru dimana sebelum ini PMIUSM, PBTUSM dan SPF menggunakan platform mereka tersendiri. Menurut laman blog Pro M perjuangan mereka untuk menerajui tampuk pimpinan MPPUSM adalah sebagai wakil mahasiswa yang benar-benar bersuara untuk menjaga kebajikan mahasiswa.
Dengan tagline yang baru "Salam Aspirasi Untuk Mahasiswa Bersatu" menjadi wadah perjuangan bagi Aspirasi USM bagi tahun ini. Setelah 5 tahun MPPUSM diterajui oleh mereka yang dikatakan mempunyai semangat Aspirasi, banyak kemajuan yang telah ditonjolkan oleh mereka samada diperingkat kampus, kebangsaan mahupun antarabangsa.
USM Daily akan terus melaporkan dari masa ke semasa berkaitan perkembangan PRK USM dengan berita dan fakta yang semestinya Benar dan Terkini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment