28 January 2009

Generasi Baru Palestin

Berdasarkan laporan yang USM Daily tonton di Buletin Utama TV 3 pada 27 Jan 2009, seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Syireen, 8 tahun telah kehilangan 4 org saudaranya termasuklah ibu dan bapanya. Menurutnya, dalam sekelip mata dia kehilangan ibu dan bapanya selepas rejim Zionis melancarkan bom yang bertalu-talu di kawasan tempat tinggal mereka. Syireen kini bersama ribuan kanak-kanak Palestin yang lain masih tidak tahu lagi masa depan mereka akan dibela oleh siapa.

Dalam laporan Buletin Utama itu juga, Syireen berazam untuk membalas dendam diatas kehilangan nyawa ahli keluarganya. Kenyataan Syireen itu boleh dikatakan mewakili hampir 80% kanak-kanak Palestin yang mengalami nasib yang sama dengannya. Dari keazaman kanak-kanak itu, pihak rejim Zionis telah berjaya menghasilkan barisan pelapis pejuang Hamas yang akan terus memberontak untuk membalas dendam dan menuntut kebebasan tanah air yang mereka perjuangkan.

Rejim Yahhudi Laknatullah telah membentuk satu gelombang pemikiran yang mahukan generasi baru Palestin diwariskan dengan perasaan sentiasa berdendam. Peperangan yang rejim Yahudi sedang lakukan ini menggunakan alasan untuk mempertahankan diri dari serangan pejuang Hamas. Jika dilihat semula dan direnung dengan iman, perasaan pejuang-pejuang Hamas yang kononnya yang menyerang puak Yahudi sebenarnya telah dibentuk dari awal lagi sebenarnya.

Puak Yahudi kejam ini merupakan perampas yang paling kejam. Perampas yang tidak menghormati hubungan sesama manusia. Tanah air dan keamanan milik rakyat Palestin dirampas dalam cara yang amat kejam. Kekejaman perampas ini tidak patut dicontohi oleh mana-mana pihak malah sepatutnya didedahkan untuk menyedarkan masyarakat dunia bahawa rejim Zionis Yahudi Laknatullah merupakan segolongan manusia yang amat kejam di dunia.

USM Daily da seluruh warga kampus sentiasa mendoakan semoga penderitaan umat Islam Palestin mendapat pembelaan yang sepatutnya dari masyarakat dunia dan juga mendoakan agar rejim Zionis tunduk pada suara dunia yang mahukan keamanan terus subur di bumi Palestin

26 January 2009

Pelajar USM Sumbang RM10,000 untuk Tabung Palestin

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) bersama-sama Sekretariat Sukarelawan USM serta Majlis-majlis Penghuni Desasiswa, persatuan dan kelab pelajar telah mengumpulkan RM10,000 yang diserahkan kepada NST Fund for Ghaza hari ini untuk kemudiannya dimasukkan ke dalam tabung negara sebelum disalurkan kepada pihak berkenaan..

Penyerahan dilakukan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dzulkifli Abdul Razak hari ini kepada Ketua Biro NST Pulau Pinang, Sharanjit Singh yang disaksikan oleh wakil MPPUSM dan pertubuhan-pertubuhan pelajar.

“Ini adalah tanda keprihatinan USM terhadap penderitaan warga Palestine dan simpati pelajar kepada tragedi yang berlaku,”kata Prof. Tan Sri Dzulkifli.

Pada majlis yang, Naib Canselor USM turut menyerahkan nota bantahan yang ditandatangani oleh hamper 10,000 pelajar yang dipungut sejak dua minggu lalu kepada Ketua Biro NST .

Nota tersebut menggesa para pemimpin Pertubuhan Negara Islam (OIC) untuk memainkan peranan sewajarnya membantu rakyat Palestin, menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengambil langkah-langkah bijak untuk genjatan senjata serta melakukan pemboikotan terhadap barangan dari Israel dan sekutunya.

“Sebagai sokongan terhadap usaha pelajar, pihak Universiti juga akan memberikan sumbangan dalam jumlah yang sama kepada pihak berkenaan,”kata Naib Canselor.

Sumber : www.usm.my

24 January 2009

Aspek Mentaliti Ditekankan

USM Daily ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sdra. Muhammad Solihin bin Mohd Razali, Setiausaha Agong MPPUSM 2008/2009 kerana telah sudi meluangkan sedikt masa untuk membalas kiriman email yang telah USM Daily hantar kepada beliau. Antara persoalan yang telah USM Daily ajukan ialah :-


1. Apakah misi dan visi anda sebagai kepimpinan tertinggi MPPUSM yang akan anda laksanakan sepanjang tempoh anda sebagai MPPUSM?

2. Bagaimanakah cara yang MPPUSM akan lakukan bagi menjana semangat kepimpinan yang dikatakan semakin lesu dikalangan mahasiswa bertepatan dengan status USM sebagai Universiti APEX?

Berikut adalah jawapan dan ulasan yang diberikan oleh beliau.

"Terima kasih atas sokongan yang diberikan pihak USM Daily kepada MPPUSM, sesungguhnya pelantikan kami sebagai Ahli Majlis Tertinggi MPPUSM bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan sepenuhnya kerana kini telah tergalas tanggungjawab di kedua-dua bahu mewakili 14000 pelajar USM dan tambahan pula MPPUSM kali ini merupakan MPP APEX yang pertama. Sememangnya ini merupakan satu cabaran yang sangat besar kepada kami di barisan kepimpinan.

Pada sidang kali ini, MPPUSM bukan sahaja tertumpu kepada kebajikan pelajar malah lebih menekankan aspek mentaliti dikalangan mahasiswa. Antara perkara yang akan diterapkan adalah selari dengan 7 prinsip APEX yang telah diutarakan oleh Naib Canselor iaitu masa hadapan, kelainan, kelestarian, kemanusiaan, kesejagatan, perubahan, dan pengorbanan.

Bagi MPPUSM sidang ini, kami menafikan istilah lesu yang dilabelkan kepada mahasiswa kerana dari pengalaman lepas, kami melihat mahasiswa banyak terlibat dalam program-program universiti yang memerlukan kepimpinan yang tinggi seperti NRIC, CONVEX, Pesta Hoki, dan banyak lagi. Sekiranya mahasiswa itu lesu, dari mana datangnya keuntungan RM 1.5 juta dari projek-projek mahasiswa tahun lepas? Mahasiswa juga dilihat peka dengan isu-isu semasa dimana baru-baru ini bantahan aman Palestin telah berjaya dilakukan dengan kutipan derma mencecah RM10,000. Kepimpinan mahasiswa ini jugalah yang telah membawa kepada pindaan AUKU yang telah membenarkan keterlibatan mahasiswa dalam organisasi-organisasi di luar. Adakah mahasiswa masih lesu? Maka dengan penekanan dari segi mentaliti yang dibawa pada tahun ini diharap dapat melonjak mahasiswa ke peringkat yang lebih tinggi, lebih terbuka dan memupuk pemikiran yang lebih kritikal."

Para pembaca boleh melawat laman blog Sdra. Muhammad Solihin di alamat http://beraspi.blogspot.com/ .

23 January 2009

HELANG MERAH BERSARANG DI USM

23 Januari, Kehadiran beberapa ekor helang merah (Brahminy kite Haliastur Indus) di kampus Universiti Sains Malaysia (USM) memberi petanda yang persekitaran yang sesuai dengan keperluannya. Terdapat sekurang-kurangnya empat sarang di kampus USM sekarang ini yang disesdari kehadirannya sejak bulan Disember 2008 yang lalu.

Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak berkata, kehadiran burung-burung helang ini di kampus USM sangat bermakna dalam usaha universiti melaksanakan usaha kelestarian alam yang menekankan kepada persekitaran yang sesuai untuk pelbagai hidupan.

“Kita akan berusaha memastikan kehadirannya tidak diganggu, apatah lagi mengancam kehadirannya di dalam kampus,” kata Naib Canselor dalam sidang media di sini.

Menurut ahli Zoologi dan Persekitaran USM, Mohamed Hifni Baharuddin, burung helang merah ini sudah lama tidak kelihatan bersarang di dalam kampus USM terutamanya dalam jumlah yang lebih dari satu sejak lebih 20 tahun lalu.

“Inilah jumlah terbesar burung ini bersarang di dalam kampus, iaitu di pokok Araucaria di sekitar Bahagian Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Kompleks Sukan USM dan pokok kasuarina sekitar Desasiswa Gemilang,”jelas Mohamed Hifni dalam sidang media yang sama.

Burung helang merah ini biasanya bersarang di sekitar kawasan bakau yang terlindung atau persisiran pantai. Burung yang dianggap amat cantik dan gagah ini juga terdapat di kawasan sawah padi dan kawasan paya. Burung ini banyak terdapat di hutan bakau Perlis, Kedah, pulau pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Burung ini bersarang di pokok setinggi melebihi 20 meter manakala di kawasan bakau biasanya di pokok yang lebih rendah, bergantung kepada persekitaran yang dapat melindunginya dari musuh dan mudah mendapat air dan makanan.

Menurut Mohamed Hifni, ini adalah kerana sifatnya yang amat sensitif dan sentiasa melindungi dirinya dari diserang musuh-musuhnya.

“Saya percaya kehadirannya di USM berpunca dari persekitaran kampus yang dijaga dengan baik sesuai dengan habitat dan ekosistem yang ada. Apatah lagi dengan adanya kawasan hijau yang masih terpelihara yang menariknya untuk bersarang di sini,” kata Mohamed Hifni lagi.

Pada masa ini terdapat lebih 100 spesies burung yang singgah dan sesetengahnya bersarang di dalam kampus. Terdapat kawasan dalam kampus USM yang telah diisytiharkan sebagai kawasan santuari burung oleh Naib Canselor kedua USM, Allahyarham Tun Hamdan Sheikh Tahir.

Menurut Mohamed Hifni, burung helang makin berkurangan di negara ini akibat pembangunan dan pencemaran alam yang tidak terkawal. Malah, di negara-negara seperti Filipina, Indonesia dan Bangladesh, burung helang merah kian pupus.

Burung helang merah ini juga mempunyai nilai estetika, persekitaran dan pasaran yang tinggi. Malah dalam mitos-mitos kepercayaan dan amalan sesetengah agama, helang dipandang tinggi seperti mana kepercayaan masyarakat Iban dan budaya Mesir purba. Malah helang juga memberikan inspirasi kepada penulisan puisi mahu pun muzik serta menjadi makanan eksotik yang mengancam kehidupannya.

“Oleh yang demikian, usaha untuk memastikan kelestarian alam melalui usaha konservasi helang merah sangat penting yang akan memberi kesan besar kepada alam sekitar,” tambah Mohamed Hifni.

USM akan berusaha mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi helang dan burung-burung lain sekitar kampus sesuai dengan usaha membangunkan Universiti Dalam Taman serta membangunkan kawasan yang melindungi hidupan dan tumbuhan hijau di kampus, tegas Naib Canselor pada akhir sidang media tersebut.

Sumber : www.usm.my

GONG XI FA CHAI


USM Daily mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua warga kampus yang berbangsa Cina yang akan menyambutnya dengan keluarga tersayang. Semoga Tahun Lembu ini membawa tuah dan rezeki yang baik kepada semua orang. Jadikan perayaan ini sebagai medan untuk merapatkan hubungan sesama keluarga dan mengeratkan perpaduan di kalangan warga kampus dan masyarakat.

Bagi mahasiswa/i yang tidak menyambut perayaan ini tetapi mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman, USM Daily mengucapkan selamat sampai ke destinasi yang di tuju dan selamat pulang ke kampus semula nanti. Jaga keselamatan diri semasa di musim perayaan ini. Pastikan segala tugasan yang diberikan tidak ditangguhkan terlalu lama dan jangan jadikan cuti perayaan ini sebagai alasan untuk menangguhkan tugasan yang diterima.

Selamat bercuti dan selamat pulang ke kanpus semula. GONG XI FA CHAI

22 January 2009

USM bakal jadi hub farmasi nuklear

PULAU PINANG, 20 Jan – Universiti Sains Malaysia (USM) bakal mencatatkan sejarah dalam bidang farmaseutikal negara apabila berhasrat menubuhkan Pusat Farmasi Nuklear dalam tempoh dua tahun akan datang.

Penubuhan pusat yang akan menjurus kepada pembangunan dan penyelidikan bidang farmasi nuklear itu dijangka turut beroperasi sebagai hub farmasi nuklear bagi melengkapi keperluan negara dalam bidang tersebut.

Pusat yang bakal ditubuhkan dibawah Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF) USM itu juga merupakan yang pertama di negara ini serta ASEAN dan dijamin dapat mengurangkan kos bagi rawatan penyakit khususnya kanser.

Dekan PPSF USM, Profesor Dr Syed Azhar Syed Sulaiman berkata, perkara itu bakal direalisasikan dalam tempoh yang dirancang bersandarkan kepada usaha bersama yang dimeterai melalui perjanjian persefahaman bersama sebuah syarikat farmaseutikal dari Jepun, Sumitomo Coporation (Sumitomo) di sini hari ini

Melalui MoU berkenaan, segala perancangan dan bantuan dari pihak Sumitomo dijadikan suntikan dan persiapan awal termasuk dari segi penyediaan kemudahan dan latihan bagi menjayakan hasrat tersebut.

``Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi tempatan terawal yang melahirkan graduan di bidang farmasi, USM yakin dengan kepakaran yang dimiliki. Ia sekaligus membuktikan kredibiliti dan komitmen kita dalam membangunkan bidang baru dalam negara.

``Lagipun, teknologi sebegini memang diperlukan memandangkan sehingga kini Malaysia belum mempunyai pusat kemudahan untuk mendiagnosis dan merawat kanser dengan menggunakan produk farmasi yang dihasilkan melalui teknologi nuklear,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Farmasi USM ke-2 yang diadakan selama 2 hari bermula hari ini.

Selain Sumimoto , 4 buah lagi syarikat dan institusi berkaitan bidang farmasi nuklear iaitu Universiti Mahasarakham Thailand, HiCT Selangor, Johor Bioteknologi dan Biodiversiti Coporation (J-Biotech) dan Universiti Santos Manila Filipina turut memeterai perjanjian.

Tahun lepas Malaysia mebelanjakan kira-kira 33 juta ringgit untuk kos pembelian mesin dan kelengkapan bagi rawatan penyakit kanser.

Sumber : www.usm.my

21 January 2009

Peneraju Kepimpinan MPP 08/09

Sdr. Mohd Syafiq telah dipilih sebagai Yang di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar USM bagi Sidang 2008/2009. Pembentukan Kabinet Majlis Tertinggi telah dihadiri oleh TNC HEPP dan semua ahli MPP yang telah memenangi Majlis Pemilihan Siswa. Pembentukkan Majlis Tertinggi ini dipilih berdasarkan keputusan sebulat suara semua ahli MPP.

Jawatan Naib Yang di Pertua telah diisi oleh Sdri. Izyan Kamila manakala Sdr. Mohd Solihin telah dipilih untuk memegang jawatan Setiausaha Agong. Bagi jawatan Bendahari, Sdr. Rahimi telah dipilih oleh ahli MPP yang menghadiri mesyuarat.

Bagi ahli MPP yang lain, pembentukan jawatankuasa masih lagi dalam perbincangan Ahli Majlis Tertinggi. Dijangka setiap portfolio akan ditentukan dalam jangkamasa sebelum penghujung bulan ini.

USM Daily mengucapkan jutaan tahniah kepada mereka yang dipilih sebagai Majlis Tertinggi dan juga sebagai MPP. USM Daily mendoakan agar semua ahli MPP yang dipilih ini diberikan kekuatan fizikal dan mental untuk melaksanakan tugas demi menjaga kebajikan dan prestasi pimpinan mahasiswa Apex Universiti.

17 January 2009

Mohammad Syafiq Raih Undi Tertinggi


PULAU PINANG, 15 Jan – Mohammad Syafiq Abdul Aziz, pelajar tahun dua Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia (USM) muncul calon paling popular apabila meraih 4860 undian dalam proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sidang Akademik 2008/2009 yang dijalankan di kampus induk USM, di sini semalam.

Catatan undian tersebut membolehkan beliau memendahului senarai sepuluh calon yang bertanding bagi merebut enam kerusi umum yang dipertandingkan pada sesi pemilihan MPP sidang ini.

Kejayaan beliau turut diikuti oleh lima lagi calon iaitu Izyan Kamilah Ahmad (4547), Muhammad Solihin Mohd. Razali (4098), P. Sivabalan (3552), Siti Hajjar Hassan (3409) dan Adi Syahid Mohd. Ali (3182).

Mohammad Syafiq ketika ditemui berkata, beliau tidak menyangka bakal memperoleh undian tertingggi namun tetap berpuas hati dan gembira dengan keputusan tersebut.

``Saya akan cuba laksanakan manifesto yang telah diperjuangkan sepanjang berkempen meraih undi sebelum ini. Antaranya adalah untuk mengubah tahap pemikiran siswa dan siswi kampus ke arah lebih baik,’’ jelasnya.

Tambah beliau, antara langkah yang telah dikenalpasti untuk dilakukan setelah bergelar MPP adalah untuk memperbanyakkan program yang dapat menajamkan intelektual pelajar di samping membina rohani yang lebih mapan.

``Saya akan cuba terapkan program-program yang mampu meningkatkan soft skil pelajar termasuk dari aspek berkomunikasi dan cara berfikir. Sebagai contoh forum mengenai pelbagai isu semasa yang berlaku di luar dunia kampus.

``Ia bertujuan memperbaiki tahap pemikiran mahasiswa dan menangkis tanggapan masyarakat yang mengatakan mahasiswa hari ini kurang berkualiti dan tidak berdaya saing,’’ ujarnya.

Terdahulu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar USM, Prof. Omar Osman berkata, pihak urusetia pemilihan MPP berpuas hati dengan perkembangan pelajar sepanjang proses pemilihan berlangsung.

``Kita melihat ada perkembangan positif yang ditonjolkan oleh para pelajar khususnya dari aspek kematangan dalam berkempen dan memilih calon. Pihak universiti berpuas hati dengan perkembangan baru ini,’’ katanya.

Perubahan positif tersebut ujar beliau selari dengan perubahan yang telah dibuat terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang bertujuan memberi lebih kebebasan kepada pelajar menyuarakan pendapat dan idea mereka.

Tambah beliau, dengan perubahan dalam AUKU tersebut para pelajar mempunyai lebih banyak kelonggaran untuk bergerak aktif dalam aktiviti berpersatuan baik di peringkat kampus mahupun persatuan luar yang sah di sisi undang-undang.

``Dengan adanya kelonggaran ini kita berharap para pelajar dapat menimba lebih pengalaman namun dalam masa yang sama menjaga etika sebagai seorang pelajar universiti.

``Semua pelajar bebas melontarkan pandangan dan kritikan namun ia perlu dilakukan dengan cara yang betul dan berhemah. Pihak universiti akan mengambil serius dan meneliti setiap idea bernas yang dikemukakan pelajar,’’ jelasnya.

Sementara itu, proses pemilihan MPP pada sidang 2008/2009 menyaksikan 29 kerusi dipertandingkan untuk konstituensi pusat pengajian dan lapan bagi konstituensi umum (jumlah keseluruhan 37).

Sumber : www.usm.my

16 January 2009

Tahniah Aspirasi USM

Dwn Utama Pelajar, 15 Jan - Tahniah Kem Aspirasi USM kerana telah memenangi 31 daripada 37 kerusi yang dipertandingkan dalam PRK bagi ketiga-tiga kampus USM. Keputusan rasmi telah diumumkan malam tadi di Dewan Utama Pelajar USM oleh Prof. Omar Osman, TNC HEPP USM pada jam 11.30 mlm. Hampir 500 orang penyokong dan staf-staf USM membanjiri dewan tersebut untuk mendengar keputusan rasmi PRK kali ini.

Di Kampus induk Kem Aspirasi menguasi 22 daripada 25 kerusi yang dipertandingkan. Empat kerusi Umum dimenangi oleh Kem Aspirasi dengan Mohd Syafiq mendapat undian tertinggi. Di Kampus Kejuruteraan, Kem Aspirasi menyapu bersih 7 kerusi yang dipertandingkan. Di Kampus Kesihatan, Kem Aspirasi hanya mendapat 2 daripada 5 kerusi yang dipertandingkan.

Tahniah kepada calon-calon yang menang pada PRK kali ini. Jalankan tanggungjawab yang telah diberikan oleh pengundi kepada anda. Sebagai MPP bagi satu-satunya Universiti APEX di Malaysia ini, tugas dan tanggungjawab perlu dijalankan dengan dengan bijak dan berhemah supaya menjadi contoh kepada Universiti lain selaras dengan motto USM "Kami Memimpin"

15 January 2009

Pro M Ketandusan Isu

PDG KAWAD, 14 Jan - Rapat Umum kali ke-2 yang turut diadakan di Pdg Kawad menjadi medan terakhir bagi para calon bagi menyampaikan isu dan hujah balas lawan masing-masing. Kesemua calon hadir dan pihak urusetia menjalankan proses giliran rapat umum mengikut konstituensi yang dipertandingkan.

Pada rapat umum kali ini juga, pihak urusetia telah meletakkan zon had bagi para penyokong bagi mengelakkan mereka berada terlalu dekat dengan pentas dimana calon menyampaikan rapat umum. Berikutan daripada kejadian semalam dimana para penyokong di Kem Pro M dan Kem Aspirasi hampir bertelagah kerana masing-masing cuba untuk rapat dengan pentas. Namun zon had yang ditetapkan tidak menghalang para penyokong untuk terus bersorak menyokon calon pilihan mereka.

Dek kerana ketandusan isu, calon-calon Pro M tidak dapat berhujah dengan baik sekali. Isu pihak Jabatan Keselamatan "menculik" beberapa penyokong kuat Pro M sebelum bermulanya PRK dicanang oleh calon Pro M. Mereka menuduh pihak Jabatan Keselamatan tidak bertindak mengikut lunas profesinalisme dan undang-undang yang betul. Untuk makluman, penyokong yang ditangkap oleh Jabatan Keselamatan adalah kerana mereka mengedar risalah yang tidak mendapat pengesahan dan kelulusan dari pihak pentadbiran universiti.

Siapa yang pada dasarnya tidak mengikut lunas undang-undang?Pihak Jabatan Keselamatan atau Pro M yang tidak hormat undang-undang?Pihak keselamatan menjalankan tugas berdasarkan laporan yang mereka terima. Pro M dengan sesuka hati mengedarkan risalah haram yang tidak dapat pengesahan dan kelulusan.

Selain itu, ada beberapa calon Pro M pada rapat umum kali ke-2 ini yang dengan sewenang-wenangnya melabel para penyokong Aspirasi sebagai barua dan anjing yang dicucuk hidung. Inikah kualiti mahasiswa yang dilaung-laungkan oleh Pro M untuk menjadi agen perubahan?Rasanya jika Pro M duduk di kerusi MPPUSM mereka akan menjadi agen perubahan ke arah negatif perjuangan mahasiswa.

Laungan penyokong Pro M yang mengatakan hapuskan kezaliman dan penindasan hanyalah retorik semata-mata. Tiada isu tentang kezaliman dan penindasan yang boleh dizahirkan oleh calon-calon mereka secara terang-terangan. Kehidupan dalam kampus yang aman dan tenteram kerana segala isu berkaitan kebajikan telah ditangani oleh pihak universiti dengan bantuan dan cadangan oleh pihak MPPUSM.

Kepada para pengundi, anda semua boleh menilai baik dan buruk pilihan yang akan anda laksanakan berdasarkan daripada kempen yang dijalankan oleh calon-calon yang bertanding dalam PRK kali ini. Jangan lupa untuk menunaikan tanggungjawab anda pada 15 Jan bermula jam 8.30pg - 5.00ptg di desasiswa-desasiswa dan Konkos. Selamat mengundi.

Tahiah Pro Mahasiswa

Kadang kala kita merasa kita yang terbaik dan apa yang kita lakukan adalah tepat serta mengena sasarannya. Namun ada juga keraguan yang membuatkan orang lain musykil dengan "serangan" yang kita ciptakan sendiri. "Calon Babi" senjata yang bisa memakan diri sendiri. Adakah "Ustaz Adi" sudah menjadi kambing hitam @ "babi hitam" kepada Pro M? Inikah pemimpin yang kita mahu? Jadi boneka,pak turut, mengikut sahaja apa yang kepimpinan tertinggi Pro M mahu seperti "kerbau di cucuk hidung".

Apa pula kaitan "Pro aspirasi UM" dalam blog mahasiswamalaysian.blogspot.com berkaitan isu "calon babi? Adakah ini balasan Allah di atas kerja yang "MUNAFIK" ini? Sesungguhnya Allah maha mengetaui. Sudah pasti Pro M tahu apa balasan bagi orang munafk ini. Jika merujuk pula stiker Pro M ( jimatkan air, jimatkan elektrik dan jaga kebersihan) dari segi meterial kertas dan dakwatnya dengan stiker "calon babi" adalah sama. Kemungkin Pro M menempahnya di kedai yang sama. Nampaknya pyswar yang cuba digunakan telah menjerat diri sendiri.

Nampaknya Pro M telah terdesak untuk menagih undi mahasiswa sehingga sanggup menggadaikan maruah ahli bai'ah sendiri. Adakah majlis tertinggi PMI telah diperkudakan oleh pakatan mereka sendiri? Mana pergi perjuangan yang dilaung- laungkan selama ini? Mana pergi istilah "Islam Syumul"? Semasa rapat umum terakhir, calon Prom M tidak langsung menyentuh isu "calon babi" ini. Adakah mereka telah tersedar yang mereka sudah terjerat dengan 'psywar' mereka sendiri?

Segala keraguan ini membuatkan mahasiswa mula terpikir siapa sebenarnya Pro M yang sebenarnya. Mungkin istilah "menghalalkan cara" adalah tepat untuk Pro M. Namum tahniah kepada Pro M atas segala usaha "menghalalkan cara" yang telah menjerat diri sendiri.

14 January 2009

Rapat Umum Berjalan Lancar

PDG KAWAD, 13 Jan - Rapat Umum yang diadakan di Pdg Kawad PALAPES telah berjalan dengan lancarnya. Kesemua 36 calon yang bertanding bagi merebut 6 kerusi Umum dan 7 kerusi Pusat Pengajian menghadirkan diri untuk memperkenalkan diri dan menyampaikan manifesto perjuangan mereka. Rapat Umum dimulakan pada jam 10 mlm kerana memberi peluang kepada penyokong yang menghadiri kelas dapat bersama menyertai rapat umum.

Rapat Umum dimulakan dengan calon-calon dari Pusat Pengajian dimana mereka diperuntukkan masa selama 2 minit. Bagi setiap calon Umum pula mereka diperuntukkan masa selama 5 minit untuk memperkenalkan diri. Hampir 800 para pengundi hadir ke Pdg Kawad untuk mendengar kempen dari calon-calon.

Pelbagai cara dan gelagat yang ditunjukkan oleh para calon bagi menarik perhatian para pengundi. Laungan "Salam Aspirasi", "Salam Perjuangan", "Student Power" dan "Perubahan" meniti di bibir calon-calon yang bertanding. Masing-masing ada yang cuba untuk mematahkan hujah lawan dan sorakan para penyokong lawan masing-masing.

Para penyokong juga begitu bersemangat untuk mendengar dan bersorak bagi memberi sokongan kepada calon-calon pilihan mereka. Ada yang membawa dan mengibarkan kain rentang dan ada juga yang membawa sepanduk yang tertulis nama mereka. Berlaku sedikit insiden dimana pihak Urusetia MPS telah terpaksa meleraikan sedikit perselisihan antara ketua penyokong Pro M dan Aspirasi. Rapat Umum tersebut tamat pada jam 12.15mlm. Esok, 13 Jan akan diadakan sekali lagi Rapat Umum pada masa dan tempat yang sama.

12 January 2009

Aspirasi Menang 21 Kerusi

KONKOS, 12 Jan - Penamaan calon untuk PRK MPPUSM telah selesai pada jam 3.30 ptg. Di kampus Induk seramai 36 calon hadir di penamaan calon bagi merebut 6 kerusi umum dan 19 kerusi Pusat Pengajian. Kem Aspirasi telah menang tanpa bertanding 12 kerusi Pusat Pengajian.

Di Kampus Kejuruteraan seramai 8 calon telah menghantar borang pencalonan bagi merebut 1 kerusi umum dan 6 kerusi Pusat Pengajian. Seramai 6 calon Aspirasi telah memenagi kesemua kerusi Pusat Pengajian dan hanya satu sahaja pertandingan merebut kerusi umum.

Di kampus Kesihatan seramai 9 orang calon mencalonkan diri bagi merebut 1 kerusi Umum dan 3 Kerusi Pusat Pengajian. Kem Aspirasi telah memenangi 1 kerusi Pusat Pengajian. Bagi kerusi lain di Kampus Kesihatan, calon adalah satu lawan satu.

Tahniah kepada kem Aspirasi kerana telah memenangi 21 kerusi MPP yang dipertandingkan. Masih ada lagi 15 kerusi yang akan dipertandingkan pada PRK kali ini. Semua calon telah dibenarkan untuk memulakan kempen sehingga 11.59 mlm, 14 Januari 2009. Pihak USM Daily menucapkan tahniah kepada calon yang telah menang tanpa bertanding dan selamat bertanding kepada calon yang akan merebut baki kerusi yang dipertandingkan.

Cakap Tak Bikin-Bikin

Di sebuah kampung, telah berlaku satu kebakaran yang sangat besar. Seluruh penduduk kampung bertungkus lumus untuk memadamkan kebakaran. Ada yang menggunakan baldi untuk memadamkan kebakaran, ada yang berulang-alik ke sungai untuk mendapat air memadamkan api yang sedang marak.

Kampung tersebut terkenal dengan bilangan burung yang banyak daripada pelbagai spesis. Apabila berlaku kebakaran, semua burung-burung yang tinggal di kawasan tersebut menyelamatkan diri masing. Burung merak, burung helang semua melarikan diri mencari tempat berlindung. Di sebalik kekalutan burung-burung menyelamatkan diri, tiba-tiba terlihat si kecil pipit terbang menghala ke arah sungai dan mencelupkan paruhnya ke dalam air sungai. Setelah itu, si pipit terbang menghala ke arah kawasan kebakaran.

Melihat gelagat si kecil pipit yang cuba untuk memadamkan api yang sedang marak dengan hanya berbekalkan air yang terkandung diparuhnya mengundang tawa burung-burung yang lain. Kedengaran kata-kata sinis mengiringi usaha murni si kecil pipit itu. Melihatkan burung-burung lain mempersendakan usahanya, si kecil pipit itu berkata, "Sekurang-kurangnya aku berusaha menjalankan tanggungjawabku kepada masyarakat. Walaupun usahaku kecil, tetapi hanya itulah yang aku termampu daripada kalian yang hanya mampu melihat api memusnahkan segalanya".

Kesimpulan yang boleh dibuat disini, tidak guna kita mempertikaikan usaha murni sesuatu pihak sedangkan diri kita hanya duduk tidak berbuat hanya untuk mencapai matlamat yang sama. Biarlah walaupun usaha itu kecil asalkan dapat membantu masyarakat daripada asyik bercakap tetapi tak bikin-bikin.

Allah sendiri berpesan pada hambaNya, Doa itu hanya akan menjadi sia-sia jika tidak disusuli dengan usaha untuk merealisasikannya. Usaha, Doa dan Tawakal itulah jalan yang sebenarnya.Renungkanlah.

11 January 2009

Persatuan PRO Mahasiswa USM ??

Adakah Pro M USM suatu persatuan??Persoalan ini agak menimbulkan tanda tanya bagi warga kampus. Polemik yang dicanang oleh Pro M USM seolah-olah mereka adalah satu persatuan di dalam USM adalah merupakan satu agenda untuk meraih sokongan dalam PRK USM.

Jika dilihat dalam senarai persatuan dan kelab yang di keluarkan oleh pihak pentadbiran universiti, tiada permohonan yang dibuat untuk menubuhkan persatuan dari mana-mana pihak yang menamakan diri mereka Pro M. Adalah menjadi suatu kesalahan jika ada sesuatu program atau projek yang diadakan di USM jika tidak mendapat kebenaran dari pihak pentadbiran universiti.

Jika pihak Pro M yang dikatakan bijak dan mempunyai Unit Undang-undang mereka tersendiri masih tidak memahami peraturan Universiti, maka sudah terserlah bahawa mereka sebenarnya sendiri tidak faham akan undang-undang itu sendiri.

Kewujudan pelbagai persatuan atau kelab di USM, telah memberi banyak peluang kepada mahasiswa untuk mengadakan pelbagai program di dalam dan luar kampus. Semua program yang diadakan perlu mendapatkan kebenaran dari pihak pentadbiran. Pelepasan kebenaran yang diperlukan bukan untuk mengongkong aktiviti pelajar tetapi sebagai makluman kepada pihak universiti dan juga sebagai proses untuk menjaga kualiti program yang diadakan supaya mematuhi peraturan dan mengelakkan berlakunya perkara yang boleh memburukan nama universiti.

Kempen Awal

USM Daily telah mendapat maklumat dari seorang korespendan yang kebetulan telah pergi ke pasar malam di Sg. Dua pada 10 Jan 09 bahawa pihak Pro M telah memulakan kempen awal untuk PRK di sana. Menurut koresponden USM Daily, terdapat beberapa orang yang diyakini sebagai mahasiswa USM telah memperkenalkan diri mereka sebagai calon MPP yang mewakili Pro M USM.

Mereka dilihat membawa sepanduk "UNDILAH CALON PRO M" dan berlegar di sekitar pasar malam Sg. Dua.Jika dilihat dari segi undang-undang PRK, bakal-bakal calon tidak dibenarkan berkempen sebelum hari penamaan calon. Berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh pihak SPR PRK, hari penaamaan calon adalah pada hari Isnin, 12 Januari 2009. Maka jika bakal-bakal calon Pro M ini bijak dan pandai membaca, tidak sepatutnya berlaku perkara seperti ini.

Mungkin kerana Pro M telah ketandusan isu dan goyah dengan suasana kampus yang dilihat banyak berpihak kepada Aspirasi, mereka terpaksa menjual diri calon sebegitu rupa. Apa yang dikesalkan adalah perkara ini berlaku di luar kampus dan sepatutnya jika terdesak sangat untuk berkempen, berkempenlah di dalam kampus.

Kemuculan Parasit

Kemunculan "Parasit" di USM kebelakangan ini semakin menjadi-jadi. Dari pemerhatian dan respon dari warga kampus, kewujudan "parasit-parasit" adalah disebabkan oleh satu sindrom yang dikenali sebagai sindrom "PRK" atau nama saintifiknya "Pilihanraya Kampus". Sindrom ini dikatakan lazimnya dijangkiti kepada sekumpulan mahasiswa/i yang menggelarkan diri mereka Pro M.

Simptom ini boleh dilihat apabila kumpulan mahasiswa/i Pro M ini mula menunjukkan rasa tidak puas hati secara tiba-tiba terhadap PRK, secara tiba-tiba mendakwa diri mereka mewakili seluruh warga kampus, secara tiba-tiba bangkit mahu AUKU dihapuskan dan yang paling penting mendakwa Pro M adalah merupakan sebuah persatuan di dalam USM.

"Parasit-parasit" ini yang konon-kononnya ingin menjadi hero secara tiba-tiba kepada seluruh warga kampus yang kononnya tertindas akibat ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran terutamanya BHEPP. Daripada pemerhatian juga, kemunculan "parasit" ini juga, sebenarnya didorong dan didokong oleh "parasit" yang lebih bahaya lagi iaitu bekas-bekas "parasit" yang pernah menjadi "parasit" di kampus suatu ketika dulu. "Parasit" dari luar ini mendapat tajaan tertentu dari pihak luar untuk mewujudkan suasana seolah-olah keadaan di dalam kampus tidak lagi aman kerana ketidakadilan wujud dikalangan pengurusan universiti.

Kepada warga kampus, anda yang bijak bolehlah menilai sendiri tindakan-tindakan yang dijalankan oleh "parasit-parasit" ini adalah bermusim dan mempunyai kepentingan tertentu.

Bersama Perjuangan Palestin

Hampir 1000 orang warga kampus USM berkumpul di hadapan masjid Al-Malik Khalid bagi menyertai bantahan secara aman ke atas kekejaman Israel terhadap masyarakat Palestin. Perhimpunan aman yang diselaraskan oleh Sekretariat Sukarelawan USM ini adalah merupakan inisiatif yang amat baik yang boleh menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin yang tertindas. Prof. Omar Osman, TNC HEPP yang mewakili Naib Canselor USM telah menerima memorandum bantahan terhadap kekejaman Israel yang akan dimajukan kepada pemimpin OIC untuk bertindak membela rakyat Palestin. Menurut wakil Sekretariat Sukarelawan USM, mereka telah berusaha mengumpul seberapa banyak tandatangan seluruh warga kampus sejak 6 Januari lagi yang digerakkan oleh ahli sekretariat yang mendapat kerjasama dari Majlis Penghuni Desasiwa, Persatuan-persatuan Anak Negeri, Sekretariat Rakan Muda, Sekretariat BPR yang menggerakkan ahli masing-masing.Pada perhimpunan yang bermula pada jam 12.30 tghari itu juga, Tabung untuk Palestin turut dilancarkan untuk mengutip derma dari seluruh warga kampus.

08 January 2009

Mahasiswa dibenar sertai demonstrasi kutuk Israel



KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.

“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.

“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA

Cermin Diri


Antara tuntutan yang dituntut oleh ProM dalam memorandum yang dihantar kepada TNC HEPP berkaitan memastikan PRK yang bebas dan adil ialah :-

  1. Tiada campurtangan pihak luar dalam PRK
  2. PRK yang lebih telus
  3. Pindaan AUKU
Tapi cuba kita lihat dan renungkan, kononnya pejuang-pejuang mahasiswa ini mahu perjuangkan hak mahasiswa kampus yang tertindas, tapi pejuang-pejuang inilah yang menindas mahasiswa/i kampus dengan bantuan dari pihak luar.

07 January 2009

Perhimpunan Aman Palestin


Satu perhimpunan aman akan diadakan pada Jumaat, 9 Jan 2009 sebelum solat Jumaat pada jam 12.30tgh. Perhimpunan ini akan diadakan di perkarangan Masjid Malik Al Khalid. Seluruh warga kampus dijemput hadir untuk menunjukkan simpati dan sokongan kepada rakyat Palestin yang kini ditindas dengan kekejaman rejim Zionis. Turut akan akan dilancarkan nanti juga adalah Tabung Untuk Palestin yang akan dilancarkan oleh Yg. Berbahagia Tan Sri Dzulkifli Abd Razak dan diselaraskan oleh Sekretariat Sukarelawan USM.

Pro M Serah Memorandum kpd TNC HEP


HEPP, 7 Jan - Seramai hampir 100 orang yang terdiri daripada mahasiswa/i yang menyatakan mereka adalah Pro Mahasiswa (Pro M) USM telah menyerahkan memorandum kepada TNC BHEPP pada jam 1.30 tghari. Kumpulan siswa siswi ini yang mendakwa mereka mewakili suara seluruh mahasiswa USM yang menuntut Pilihanraya Adil dan Bebas.

Hanya seramai 8 orang sahaja siswa/i yang mewakili ProM yang terdiri daripada kepimpinan PMIUSM, PBTUSM dan SPFUSM dibenarkan masuk untuk berjumpa dan menyerahkan memorandum kepada TNC BHEPP Prof. Omar Osman. Mereka berada di dalam pejabat TNC selama hampir 20 minit untuk berbincang dan menyatakan tujuan penyerahan memorandum tersebut.

Menurut wakil ProM yang bercakap kepada media menyatakan terima kasih kepada TNC HEPP kerana telah sudi menerima pandangan dan akan berusaha memastikan pilihanraya yang bebas dan adil. Antara tuntutan Pro M adalah meminta pilihanraya kampus di USM di pantau oleh satu pihak pemantau. Selain itu, mereka juga menuntut ahli jawatankuasa pemilihan lebih telus dan mengumumkan tarikh sebenar pilihanraya.