14 January 2009

Rapat Umum Berjalan Lancar

PDG KAWAD, 13 Jan - Rapat Umum yang diadakan di Pdg Kawad PALAPES telah berjalan dengan lancarnya. Kesemua 36 calon yang bertanding bagi merebut 6 kerusi Umum dan 7 kerusi Pusat Pengajian menghadirkan diri untuk memperkenalkan diri dan menyampaikan manifesto perjuangan mereka. Rapat Umum dimulakan pada jam 10 mlm kerana memberi peluang kepada penyokong yang menghadiri kelas dapat bersama menyertai rapat umum.

Rapat Umum dimulakan dengan calon-calon dari Pusat Pengajian dimana mereka diperuntukkan masa selama 2 minit. Bagi setiap calon Umum pula mereka diperuntukkan masa selama 5 minit untuk memperkenalkan diri. Hampir 800 para pengundi hadir ke Pdg Kawad untuk mendengar kempen dari calon-calon.

Pelbagai cara dan gelagat yang ditunjukkan oleh para calon bagi menarik perhatian para pengundi. Laungan "Salam Aspirasi", "Salam Perjuangan", "Student Power" dan "Perubahan" meniti di bibir calon-calon yang bertanding. Masing-masing ada yang cuba untuk mematahkan hujah lawan dan sorakan para penyokong lawan masing-masing.

Para penyokong juga begitu bersemangat untuk mendengar dan bersorak bagi memberi sokongan kepada calon-calon pilihan mereka. Ada yang membawa dan mengibarkan kain rentang dan ada juga yang membawa sepanduk yang tertulis nama mereka. Berlaku sedikit insiden dimana pihak Urusetia MPS telah terpaksa meleraikan sedikit perselisihan antara ketua penyokong Pro M dan Aspirasi. Rapat Umum tersebut tamat pada jam 12.15mlm. Esok, 13 Jan akan diadakan sekali lagi Rapat Umum pada masa dan tempat yang sama.

1 comment:

Anonymous said...

http://mahasiswamalaysian.blogspot.com/